Ads Top

Nak Beli Apa Semasa Online Revolution 11.11?


Jika korang suke beli barang online, tarikh 11.11 adalah tarikh keramat setiap tahun. Sebab aku ni memang pembeli online tegar. Jadi tarikh ni memang aku tunggu tunggu.

Ok. Artikel ni aku buat dengan 2 tujuan. yang pertama sebab aku memang suka beli barang masa sale. Lagi satu sebab aku nak menang hadiah dengan join Lazada Blogger contest. Korang yang belum join contest ni sila la join sebab lagi ramai yang join hadiah lagi tinggi.

Ok. Cukup untuk contest tu.

Sekarang nak cerita pasal beli barang online pulak.

Barang pertama yang aku beli online

Sejujurnya aku tak ingat apa barang pertama yang aku beli online. Tapi sebelum aku kenal Lazada Malaysia, aku dah lama beli dari laman web online lain. Kebanyakan barang yang aku beli tu aksesori telefon la.

Pengalaman pertama aku beli online semuanya berjalan lancar. Barang sampai ke rumah. Tapi..aku pernah jugak kena tipu. Entah macam mana aku bercadang nak beli satu barang ni dengan buyer. Lepas bayar terus senyap. Tak ada khabar berita. Tu aku beli dari website yang tak terkenal. Aku pun dah lupe nama website tu.

Setakat yang aku beli barang di ecommerce macam Lazada Malaysia, Aliexpress, 11street, Shopee dan lain-lain, semuanya Alhamdulillah sampai dengan cemerlang.

Lambat atau cepat tu bergantung la..

Walaupun pernah kena tipu, tu tak mematahkan semangat aku untuk beli online. Tapi menyebabkan aku lebih berhati-hati semasa membeli online. Tapi beli dari ecommerce tak perlu risau sangat sebab duit korang akan dihold oleh ecommerce selagi barang tak sampai kepada korang. Jadi jika seller jual tipu pun diorang tak dapat duit.

Barang apa yang aku suka beli online.

Jika boleh aku nak beli semua benda online. Beli sayur pun nak online kalau boleh. Tapi setakat ni niat tu tak kesampaian lagi. Mungkin kat bandar besar memang dah ada perkhidmatan beli sayur online ni tapi kat kawasan aku ni nampaknya belum ada.

Ok.

Tak kire barang, jika harga yang ditawarkan lebih murah aku akan beli online. Dan memang kebanyakan harga jualan online ni lebih murah.


Kenapa aku suka shopping online?

Ada 2 sebab utama kenapa aku suka shopping online. Yang pertama sebab aku tak suka nak cari parking. Yang kedua sebab aku tak ada masa nak shopping lama-lama. Kalau shopping online, aku boleh compare banyak harga. Jika beli secara fizikal aku tak suka bandingkan harga kerana memakan masa nak bergerak dari satu kedai ke kedai yang lain.

Kalau online, klik je dah sampai kedai / seller lain dan boleh compare harga terus.


Apa nak beli masa Lazada Online Revolution 11.11?

Ada beberapa perkara yang aku nak beli semasa online revolution kali ni:


Aku nak beli seluar paras lutut ni. Sesuai untuk pakai kat rumah dan untuk bersukan.



Kemudian aku nak beli robot penyapu ni. Senang sikit aku nak kemas rumah. Boleh berblog sambil kemas rumah gitu. Hahaha.

Setakat ni tu jela yang aku teringat nak beli. Kalau ikut kemahuan, memang banyak lagi yang aku nak beli.

Siapa-siapa yang nak beli barang online 11-14 November ni adalah masa yang terbaik untuk beli online. Nak jimat lagi, beli kat Lazada melalui Shopback. Double jimat.




Selamat berbelanja ye 😀

2 ulasan:

  1. Benda pertama yang aku beli online dulu, ebook :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emm..mungkin jugak aku pun same beli ebook..tp sebab dah banyak sangat beli online dah tak ingat dah hehe..

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.