Ads Top

Buat Blog Semata Mata untuk Duit?


Bagi aku, blog ni terdiri dari 2 jenis.

Pertama blog yang memang semata-mata nak buat duit.

Blog ni biasanye penuh popup, iklan sana sini. Kandungan pun kebanyakan hanya copy paste dari website lain.

Boleh ke macam ni?

Boleh memang boleh, tetapi perbuatan ini sebenarnye akan memburukkan nama baik kerjaya sebagai seorang blogger.

Jenis ke dua.

Blog yang memberi manfaat.

Aku harap blog aku dalam kategori ni. Dan aku akan usaha untuk blog aku berada dalam  kategori ni.
Blog sebenarnye adalah satu platform untuk kita berkongsi sesuatu yang boleh memberi panduan kepada orang lain. Apabila sesuatu blog itu bermanfaat, secara automatik, blog tu akan dapat memberikan pendapatan.

Tidak dinafikan, ada yang kata buat duit dengan blog ni senang..

Tapi pada aku banyak perkara yang disembunyikan apabila seseorang tu kata buat duit dengan blog ni mudah.

Pada aku buat duit dengan blog tak mudah.

Banyak usaha dan ilmu perlu dipelajari sebelum blog aku tu dapat menjana ringgit yang pertama.
3 bulan pertama aku berblog, langsung rak ada pendapatan. Hanya selepas lebih kurang 4 5 bulan, baru ada sikit sikit..

Sekarang pun masih sikit.

Pendapatan Blog aku setiap bulan tak sampai 1k pun..paling hebat pun beberapa ratus je setakat ni..

Tapi aku seronok dengan proses pembelajaran aku ni..

Mudah mudahan blog aku yang seterusnya lebih mudah untuk aku buat selepas mengumpul sedikit pengalaman sebelum ini..

Ok.

Aku tau korang punye pendapatan dah riban riban.

insyaAllah aku pun ODW ke arah tu..


1 ulasan:

  1. Sama.

    Blog aku pun lebih kepada memberi manfaat baru lah dapat duit.

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.