Pendapatan Blog Bulan Ogos 2016
Bulan Ogos dah berlalu pergi. Nampaknya aku kena semak balik berapa pendapatan aku untuk bulan Ogos. Pertama sekali aku mintak maaf sebab tak dapat nak buat blogpost berkaitan pendapatan blog aku sejak Mei hingga Julai 2016.
Atas sebab kesibukan kerja dan untuk mengendalikan beberapa blog, menjadikan aku tak sempat untuk semak dan tulis berkenaan pendapatan blog aku untuk bulan-bulan tersebut.
Ada beberapa perkara yang menggembirakan aku dalam bulan Ogos. Dari segi kehidupan berblog nampaknya semakin stabil sejak aku dapat anak kedua bulan November 2015. Agak lama untuk aku menyesuaikan diri dan masa untuk keluarga dan juga blogging.
Ok.
Secara keseluruhannya, dalam bulan 8 boleh dikatakan bulan yang agak produktif untuk aku. Perjalanan penulisan artikel aku dah mula lancar walaupun bukan setiap hari. Tapi lebih baik daripada bulan-bulan lepas.
Untuk blog ini juga aku dah mulakan topik Ikon Blogger yang aku memang nak mulakan sejak dari awal dulu. Ikon Blogger ni adalah blogger-blogger yang banyak memberikan aku inspirasi untuk terus berblog. Aku akan interview mereka melalui emel dan aku akan buat satu artikel untuk setiap blogger yang aku interview. Aku harap topik Ikon Blogger ini akan mendapat sambutan daripada blogger baru.
Berbalik pada pendapatan aku bulan Ogos 2016.
Ini adalah senarai pendapatan dari blog aku untuk bulan Ogos:
Affiliate :
Jobdirumah : RM175
Bookcafe : RM12
Klikjer : RM0
Rahsia Uber : RM320
SSPN-i Plus : RM24
Pengiklanan:
Google Adsense : USD27 (RM110)
Lynk : RM13
Kos Berblog:
Internet : RM140
Untuk pengetahuan anda, pendapatan Google Adsense aku dalam bulan Ogos tu adalah nilai yang tertinggi sejak aku pasang Google Adsense kat blog. Haha. Harapnya September lebih lagi atau paling tak pun sama la dengan bulan Ogos. :-) Bagi Lynk.my pulak, aku kurang sikit berminat menggunakan Lynk sebab ianya berkonsep Pop-Up. Aku hanya letakkan pada satu artikel je iklan Lynk ni dan memang tak harapkan banyak pun dari Lynk. Untuk akan datang aku rase aku hanya akan guna Lynk untuk link tertentu sahaja sebab aku tak suka Pop Up..hahaha.
Ok. Secara keseluruhannya..
Nilai bersih yang aku perolehi dalam bulan Ogos adalah lebih kurang RM350 (lepas tolak duit internet) yang terus masuk ke dalam akaun aku. Pendapatan untuk Bookcafe dan Google Adsense masih belum boleh di cashout.
Untuk bulan September, aku bercadang untuk lebih produktif lagi dan aku akan cuba untuk aktif dalam blog wikicara dan juga blog ni.
Jika nak diikutkan target aku untuk capai paling kurang RM1000/bulan menjelang pertengahan tahun 2017.
InsyaAllah boleh..
Itu sahaja dulu dari aku..
Jumpa lagi..
Wassalam.
hoho aku baca post ni pasal artikel throwback tu :)
BalasPadammemang terbaik bro! thanks! :-)
Padamperghhh banyakkk nyaaaa
BalasPadam