Ads Top

Berapa kerap korang update blog?


Ini adalah soalan yang kerap bermain di dalam benak kepala otak aku. Berapa kerap nak update blog?

Bila aku tengok balik statistik blog aku, sebenarnya tiada kaitan terus antara kekerapan update blog dan juga trafik. Aku tak kata tiada kaitan langsung ye..

Dalam masa sama, aku rasa lebih kerap update blog lagi bagus. Sebab..

Lebih banyak artikel dalam blog, Google lagi sayang kita kerana secara umumnya blog yang sentiasa diupdate ni lebih memberi manfaat. Sebab itulah juga kalau ada yang nak apply Goolge Adsense, memang kene konsisten update blog. Selain tu juga, lebih banyak artikel dalam blog bermakna lebih banyak PINTU MASUK ke dalam blog kita..

Bagi yang tak pandai main keyword (macam aku ni yang tak pandai main KEYWORD), bertambahlah pentingnya artikel kene banyak kat blog.

1 artikel = 1 pintu masuk
100 artikel = 100 pintu masuk

Kekerapan update blog ni boleh mendatangkan kebaikan dan juga keburukan.

Kebaikan selalu update..

Lebih banyak artikel dalam blog dan blog nampak lebih aktif. Orang lebih percaya dengan blog yang selalu update berbanding blog yang update terakhir pada tahun 2010.

Keburukan selalu update..

Lebih banyak update bermakna lebih banyak menggunakan masa. Selalu update blog juga boleh menyebabkan 'kebuntuan' idea nak tulis apa kat blog.Mungkin sebab tu lah orang lebih suka buat personal blog sebab tak perlu pilih topik nak tulis apa. Telalu kerap update juga boleh menjejaskan kualiti artikel yang kita tulis..

Kebaikan jarang update..

Aku rasa ada jugak kebaikan jarang update ni..salah satunya adalah kita ada masa untuk buat kajian tentang topik yang kita nak tulis. Bukan asal tulis je. Senang cerita kualiti versus kuantiti la ni..

Keburukan jarang update..

Siapa yang suka datang blog yang dah lama tak update? Rasanya tak ada siapa yang suka. Jarang update ni ada banyak sebab mungkin sebab dah kahwin, sebab dah ada kerja lain, tak ada masa dan lain-lain. Alasan kalau dicari memang sentiasa ada..Kalau jarang sangat update, perkembangan blog akan menjadi mendatar..trafik mungkin akan menurun (kalau dah tak update, ade diorang kisah ke?)

Konsisten atau Kekerap?

Pada aku konsistensi lebih penting dari kekerapan. Aku lebih suka satu hari satu artikel berbanding satu hari 7 artikel sekali lepas tu bulan depan baru tulis blog lagi. Kalau tak mampu satu hari satu artikel, buat la dua hari 1 artikel, atau 3 hari satu artikel..tu namanya konsisten.. Itu pengalaman aku la..orang lain mungkin lain pengalamannya. Pengalaman aku satu hari satu artikel tu la yang membuahkan hasil dapat full akaun Google Adsense.

Ok?

Faham ke faham?

Jadi, berapa kerap korang update blog? Apa kata tolong jawap survey ringkas aku kat bawah ni :-) Sambil-sambil tu komen la jugak ye hehe..


Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.