Kalau Aku Seorang Cikgu..(Peluang Guru Menjadi Youtuber Dan Kelebihannya)
Disebabkan covid, persekolahan nampaknya terpaksa dijalankan di rumah. Pada aku sepatutnya cikgu menjadikan ini sebagai peluang terbaik untuk buat Youtube channel sendiri sebab senang sangat untuk naik view dan subscriber.
Dah sah-sah kalau buat video pengajaran, student sendiri kena tonton untuk faham. Itu tak termasuk lagi jika video tu digunakan oleh cikgu lain untuk mengajar subjek yang sama. Jika tak nak buat channel bersendirian, boleh je collaborate dengan guru-guru lain untuk upload dalam satu channel yang sama.
Ok katakan aku adalah seorang cikgu. Ini adalah apa yang aku akan buat untuk Youtube Channel aku:
Kandungan Video Tersedia
Ini paling mudah sebab video yang perlu aku buat adalah berdasarkan silibus yang ada dalam buku teks, pecahkan setiap video berdasarkan setiap subtopik (bergantung pada panjang subtopik jugak la). Ramai orang nak jadi Youtuber tak tahu nak buat video apa. Ini kandungan dah ada depan mata. Tinggal buat video je. Pun taknak?
Tak semestinya video hanya untuk penerangan, tetapi boleh juga buat kuiz dalam bentuk video. Dan pelajar juga perlu reply dalam bentuk video (melalui Whatsapp atau lain-lain medium).
Yang membatasi hanyalah kreativiti cikgu 😉
Durasi Video
Kalau aku cikgu, aku tak buat video lama-lama setiap satu. Hadkan maksimum 10 minit untuk setiap video. Kenapa 10 minit? Sebab itu maksimum orang boleh fokus. Untuk kurangkan kebarangkalian pelajar melayang ke angkasa raya. Dan senang nak edit dan cepat nak upload ke Youtube.
Lagipun pada aku, cikgu sendiri pun lebih kurang stress berbanding buat video yang berlama-lama. How do i know? Because i am a Youtuber hahaha 😂
Kualiti Video
Tak perlu nak video FHD. Video HD atau 480p pun dah Ok dah pada aku. Yang penting penyampaian sampai dan saiz video tak terlalu besar. Tapi jika mampu untuk buat FHD boleh je. Tapi nanti fail nak upload agak besar dan makan data. FHD kalau 10 minit mungkin video boleh mencapai saiz 1GB. Kalau 480p baru dalam 200-300MB.
Ini kalau nak jimat data sendiri dan data pelajar la...
Gaya Pengajaran
Aku tau salah satu cikgu risau untuk buat video pengajaran adalah takut kena kecam / komen tentang teknik pengaran oleh ibu bapa pelajar. But to be honest, just mengajar macam biasa je. Benda yang kita tak boleh control (kecaman dll), usah difikirkan.
Korang ingat masa aku baru buat Youtube Channel tak de orang kecam ke? Setiap Youtuber lalui perkara yang sama. Benda tu normal. Its how your minds accept it whats matter. Be yourself.
Nak tunjuk muka ke?
Bergantung. Tapi pada aku, at least ada suara cikgu. Biasenya pelajar memang dah kenal suara cikgu. Gaya dan tona percakapan cikgu pun pelajar dah hafal. Tapi terbaik ade la muka. Kecik hujung pun dah ok. Bukannya besar penuh skrin muka cikgu je, itu aku pun takut wei! 😆 Ini bergantung juga kepada peralatan yang ada.
Kelebihan Buat Youtube Channel untuk Seorang Cikgu:
Tak Perlu Ulang Banyak Kali
Berapa kali nak ulang baru pelajar faham. Sekarang kalau tak faham, replay la ape susah. Replay 40 kali bagi hafal terus. Itu atas inisiatif pelajar kalau die nak faham. Cikgu buat part cikgu. Pelajar main peranan masing-masing juga.
Boleh Digunakan Berulang Kali
Bukan hanya boleh digunakan semasa Covid, selepas covid pun boleh guna. Tahun depan pun boleh guna, selagi takde silibus baru keluar, boleh guna video tu sampai bile-bile. Walaupun aku tahu silibus agak kerap jugak tukar. Tapi jika silibus tukar, maknanya time for new video content. Ok la tu kan?
Pahala Berpanjangan
Ok part ni yang aku paling suka. Selagi cikgu share video bermanfaat dan pelajar dapat belajar dengan lebih mudah dan menjadi asbab kejayaan seseorang pelajar, pahala mendidik tu akan terus mengalir.
Income Tambahan
Jika ada rezeki, boleh monetize Youtube Channel dan dapat income tambahan dari channel tu. Walaupun ini bukan matlamat asal, tapi jika boleh menyelam sambil tangkap ikan kenape tidak kan?
Tak tahu buat Youtube Channel?
Cikgu hanya perlu buat 4 langkah ni untuk buat Youtube Channel.
1. Create Gmail. (Kalau dah ade Gmail boleh guna yang sedia ada)
2. Buka Youtube dan login guna Gmail tu.
3. Tekan butang [+] kat belah atas kanan tu
4. Upload video yang cikgu dah buat tu ye 😁
Macam mana nak buat video?
Screen capture:
Paling mudah gunakan screen capture (ambil video skrin komputer). Ini yang aku gunakan untuk SEMUA video aku di Youtube Channel. Macam aku, aku gune Screencast-o-matic. Yang free boleh guna up to 15 minit. Aku guna yang berbayar dalam 15usd setahun. Untungnye yang berbayar ni boleh capture + edit terus. Jimat masa dan tak perlu editor yang berat-berat. Maklumlah komputer aku ni yang biase-biase je.
Ok.
Mula-mula buka buku teks PDF kat komputer, then guna software ni atau software screen capture lain untuk terangkan tajuk berkaitan. Jika ada webcam boleh tunjuk muka, takde webcam ade suara pun jadi la. Tapi suara kena cakap kuat sikit jika takde external mikrofon. Guna headphone yang ada mikrofon sekali pun boleh. Tapi mungkin kena edit setting sikit kalau komputer tak detect mic tu.
Guna Smartphone:
Kalau takde komputer, boleh buat video guna smartphone. Aku rase semua cikgu ade smartphone, kalau tak macam mane nak bergosip. Betul tak?
Ok aku kongsikan cara untuk buat video guna smartphone kat sini:
Guna Powerpoint:
Lagi satu pilihan adala buat video dengan menggunakan Powerpoint. Kalau tak silap Powerpoint 2010 dan ke atas semua boleh guna untuk buat video. Aku tunjukkan contohnye kat sini:
Ok. Aku rase takat ni je yang aku boleh bantu . Yang seterusnya bergantung kepada masing-masing sama ada NAK BUAT atau TAK NAK BUAT 😆
p.s. mission nak buatkan Youtube Channel untuk bini Cikgu 😆
p.s. wahai cikgu BM, maafkan kekhilafan bahasa ku dalam artikel ini 😅
Dalam canva pun ada record presentation. Semuanya tersedia. Nak atau tak sahaja
BalasPadamBetul. Macam-macam cara boleh buat video. Boleh guna mana-mana yang senang digunakan :-)
BalasPadam