Ads Top

Ini Taktik Aku dapat bayaran Google Adsense setiap bulan.


Post kali ni untuk orang yang dah ada akaun Google Adsense. Tak kisah la akaun hosting ataupun akaun penuh Google Adsense. Jika ada akaun penuh lagi bagus. Bagi yang belum ada akaun Google Adsense, boleh la belajar buat akaun Google Adsense dulu, tapi artikel ni sebagai pembakar semangat untuk yang nak jana pendapatan dengan Google Adsense.

Siapa yang baru nak belajar Google Adsense, boleh belajar kat sini : Raja Adsense Revive

Alhamdulillah. Sejak 2 3 bulan ni aku hanya bergantung kepada pendapatan Google Adsense daripada niche blog aku. Dan Alhamdulillah setiap bulan akan dapat gaji daripada Google Adsense.

Rekod tertinggi pendapatan sehari Google Adsense aku adalah ~USD40. Tapi bukan setiap hari dapat macam tu. Kadang tinggi, kadang sederhana. Tapi alhamdulillah boleh capai minimum payout setiap bulan.

Ini graf pendapatan Google Adsense aku lebih kurang.



Ini semua bukannya menjelma dalam sebulan dua. Aku dah usahakan Google Adsense ni lebih kurang 2 tahun dah. Baru beberapa bulan ni taktik yang aku buat berkesan. Nanti aku kongsikan. Tapi aku tak tau sama ada ia akan berkesan untuk orang lain atau tak. Dan aku juga tak tahu sama ada ia akan berkesan untuk jangka masa panjang atau tak.

Tapi sekarang ni, aku sedang menikmati hasilnya. Jika ada rezeki dan berpanjangan mungkin boleh bertahan sampai bile-bile pendapatan Google Adsense tu. Aminn.

Selalunya orang kate nak jana pendapatan dengan Google Adsense ni perlukan trafik yang tinggi. Secara teorinya memang betul. Tapi tak bermakna yang trafik kecil tak boleh jana pendapatan dengan Google Adsense.

Tapi yang menariknya, trafik ke niche blog aku tu tak sampai pun 500 view setiap hari. Tapi kadang  pendapatan Google Adsense harian boleh capai sehingga ~USD40 sehari. Ikut rezeki jugak la.

Ok.

Ini taktik aku dapat bayaran Google Adsense setiap bulan. Taktik yang aku guna ni agak berisiko dan jangan terlalu agresif kerana mungkin nanti boleh kene penalti dengan Google Adsense pulak. Itu paling aku takut.

  1. Buat niche blog. Maksud aku blog yang betul. Bukan blog cakar ayam. Blog yang ada kandungan yang sejati, original dan bergaya.
  2. Letak iklan Google Adsense Auto Ads. Kenapa Auto Ads? Sebab biar Google Adsense sendiri decide macam mana iklan nak keluar kat blog tu. 
  3. Promosikan blog korang di Google Adwords. 
Yang tak tau letak iklan Auto Ads, boleh tengok video kat bawah ni.


Tu je. Betul. Tu je.

Siapa nak cuba, boleh cuba. Tapi atas risiko sendiri ye. Aku tak bertanggungjawab sekiranya akaun Google Adsense kena block atau lain-lain masalah dengan Google Adsense korang.

Nampak ringkaskan?

Masalah biasanya timbul untuk perkara no.1. Nak buat niche blog tu. Itu memang kene buat original la. Jangan buat cincai-cincai. Buat niche blog yang evegreen. Yang relevan sampai bile-bila.

Secara ringkas, tu la taktik akaun dapat gaji dari Google Adsense setiap bulan. Aku harap korang dapat manfaat daripada perkongsian ni. Siapa yang baru nak belajar basic Google Adsense, boleh belajar kat sini : Raja Adsense Revive 😊

4 ulasan:

  1. Ya benar... Niche blog satu perkara yg agak penting... Tambahan artikel evengreen .. Kalau bergabung dua ni memang akan tahu hasilnya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro pun banyak dah niche blog kan hehe. Selalu top affiliate lagi ;-) saya ni baru nak belajar. mohon tunjuk ajar ye :-)

      Padam
  2. kalau niche blog campur² bleh ke? apapun info yang menarik tentang auto ads. TQ
    http://mdekmal.com

    BalasPadam
  3. Oh..Adsense Arbitrage..dah lama tak fokus kat adsense..gitu..mungkin tunggu affiliate steady dulu kot baru main balik..:P

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.