Dah Tak Berbaloi Buat Blog?
Untuk tulis artikel ni biasanya aku ambil masa antara 1-2 jam untuk siap. Dan macam-macam projek yang aku rancang menyebabkan terlalu banyak perkara yang perlu disiapkan dan diuruskan.
Almaklumlah, aku hanya ada waktu malam untuk menulis, mengarang dan menguruskan lain-lain projek. Siang aku dah dihabiskan dengan bekerja. Malam lah masa yang ada untuk aku gunakan penuhi passion aku untuk perkara-perkara lain.
Kekurangan utama yang ada pada aku adalah aku suka mencuba banyak perkara dalam satu masa..huhu..So bila khusyuk buat satu benda, benda lain pula yang terabai..huhu
Ok itu untuk cerita lain kali..
Kembali kepada topik asal..betul ke dah tak berbaloi buat blog sekarang ni?
Sejujurnya pada aku berblog tu masih berbaloi. Tambahan lagi jika korang berblog BUKAN semata-mata untuk duit dari iklan / jual barang, berblog masih sangat berbaloi. Sehingga artikel ini ditulis, sudah lebih hampir 2 tahun aku tak menulis dalam blog ni.
Tapi Alhamdulillah, setiap bulan ada pendapatan daripada blog ini. Ok meh aku kongsikan sikit pendapatan blog ini dari Adsense selama 2 tahun aku tak update blog ni.
Nilai RM650 dalam 2 tahun bukanlah satu nilai yang besar. Tapi untuk 2 tahun yang tak buat apa-apa pada saya nilai tu dah sangat besar. Macam orang bagi duit percuma gitu.
Itulah nilai sebuah BLOG.
Sekali kita tulis, ianya akan ada di internet untuk selamanya, sama ada update atau tak.
TAPI dengan syarat domain dan hosting (kalau guna hosting) kene la bayar.😃
Kebaikan berblog atau setup blog adalah kita perlu setup sekali sahaja. Lepas satu tahap, jika kita tak update pun ia akan mendatangkan hasil. Tapi jika nak hasil lumayan kenalah sentiasa konsisten update blog.
Rezeki.... Alhamdulillah....
BalasPadamAlhamdulillah terbaik bos
BalasPadam