Ads Top

Aku Dapat Huawei Mate 20 PERCUMA Dari Celcom

Pembuka bicara, jom tengok video Unboxing Huawei Mate 20 yang aku dapat daripada Celcom ni.


Ok. Aku akui tajuk tu agak 'clickbait'. Tapi memang betul aku dapat Huawei Mate 20 PERCUMA dari Celcom. InsyaAllah aku terangkan sikit macam mana nak dapatkan smartphone percuma daripada celcom ni.

Ok.

Yang tak tau apa tu Huawei Mate 20, meh aku terangkan sikit.

Huawei Mate 20 ni adalah flagship terbaru daripada Huawei. Dengan pelbagai ciri menarik termasuklah 3 kamera belakang dan skrinnya yang bersaiz 6.5 inci. Processor pula adalah processor terbaru Kirin 980. Hampir pasti semua game terkini boleh dimainkan dengan baik. Nak review penuh kena la cari kat Youtube.

Aku nak buat apa dengan Huawei Mate 20 ni?


Sebenarnya aku tak cadang pun nak beli atau dapatkan smartphone baru sebab smartphone aku sekarang pun baru berusia setahun. Tapi bile aku fikir balik, aku nak buat invesment untuk bisnes online aku dan setelah aku tambah tolak darab dan bahagi, nampaknya aku mungkin boleh menggunakan smartphone untuk kembangkan bisnes online aku sekarang.

Dengan erti kata lain, phone yang hanya untuk online bisnes aku. Tak mau campur-campur dengan personal phone.

Dan kebetulan pula, Celcom ada buat promosi smartphone percuma.

Aku pun belek-belek terma dan syarat yang diberikan di laman web Celcom. Dalam masa sama aku ada kenal seorang ejen Celcom yang juga ada promosikan pelan smartphone percuma ni juga kat Facebook.

Al kisah aku pendekkan cerita, dengan abang ejen Celcom ni lebih berbaloi harganya dan tak perlu upfront atau bayaran pendahuluan yang tinggi pun. Jika di laman web Celcom rasmi perlu upfront sampai hampir seribu. Kalau dengan abg ejen ni cuma perlukan maksimum RM200 bergantung kepada pelan apa yang korang ambil. RM200 tu dah dapat Huawei Mate 20.

Ye RM200 je untuk dapatkan Huawei Mate 20.

Pening?

Meh aku tunjuk pakej yang dipromosikan oleh abg tu.


Ok. Kembali ke dunia nyata.

Dalam dunia ni mana ada benda betul-betul FREE.

Macam ni, untuk dapatkan smartphone percuma dari Celcom ni, korang kena patuhi syarat dulu.

Apa syaratnya??

Meh aku bagitahu.

Syaratnya nampak mudah, tapi mungkin tak mudah untuk semua orang.

  1. Nama tak blacklist
  2. Jika blacklist boleh mohon guna SSM
  3. WAJIB port out dari nombor phone lama ke Celcom (tak kisah prepaid atau postpaid)
  4. Sediakan dokumen berkaitan (bersedia untuk buat video selfie..haha)

Secara umumnya, itu je syaratnya. Bagi yang nombor telefon dah guna lama, mungkin sayang untuk port out kan? Beruntunglah orang yang ada banyak no phone macam aku ni haha. No personal aku simpan, nombor sampingan yang aku port out ke Celcom.

Tapi jangan beli simkad baru untuk port out pulak. Sebab untuk port out sekurang-kurang perlu guna simkad tu sebulan. Jika tunggu sebulan, nasib-nasib la kalau pelan ni ada lagi. Itu aku tak tau.


Ok. Kat bawah ni adalah pelan dan smartphone percuma yang available serta harga perdaftaran.


Pakej Celcom 128 : Pendaftaran hanya RM150
Bayaran bulanan hanya RM128 tidak termasuk SST



Pakej Celcom 148 : Pendaftaran hanya RM160
Bayaran bulanan RM148 tidak termasuk SST


Pakej Celcom 148 : Pendaftaran hanya RM160
Bayaran bulanan RM148 tidak termasuk SST


Pakej Celcom 188 : Pendaftaran hanya RM200
Bayaran bulanan RM188 tidak termasuk SST
*stok dah habis


Secara umumnya sepatutnya HANYA bayaran bulanan plan Celcom yang korang langgan je perlu dibayar. Smartphone tu memang dah tak perlu bayar bulanan dah. Jadi memang percuma la kan? Pelan Celcom tu pun boleh tahan juga dengan data internet dan juga unlimited call.

Aku rase pelan ni memang saje nak pancing orang dari Telco lain untuk guna Celcom. Hanya orang yang betul-betul setia je takkan termakan dengan promosikan mengiurkan macam ni.

Apa pun, sebelum port out atau nak guna plan Celcom ni, seak dulu coverage.

4 ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.