Ads Top

Blog Sebenarnye Tak Perlukan SEO


Aku perhatikan banyak jugak blog yang terkenal dengan ranking Alexa yang baik sebenarnye tidak menitik beratkan berkenaan SEO.

Tapi jika tanpa SEO bagaimana mereka boleh dapat pageview beribu dalam satu hari dan mempunyai ranking yang baik dalam Google mahupun Alexa.

Ada 4 perkara yang aku dapat dari pemerhatian blog-blog tanpa SEO ni.

Sharing is Power

Blog personal tanpa SEO ni aku perhatikan memang suka sangat berkongsi pengalaman dan suka duka kehidupan. Sebagai contoh blog redmummy, kebanyakan menceritakan kisah kehidupan blogger tu sendiri, kisah anak-anak dan lain-lain.

Gaya penulisan pun ikut suke hati blogger tu, santai dan tiada keywords tertentu untuk diketengahkan. Yang penting mesej yang nak diberitahu dalam artikel tu dapat disampaikan. Malah tidak perlu ikut tatabahasa yang betul pun.

Follower

Siapa perlukan SEO jika ada ada pengikut setia kan? SEO diperlukan untuk tingkatkan pengunjung, tetapi follower adalah pengunjung setia sesebuah blog. Banyak blog tanpa SEO ni mempunyai ribuan follower. Contoh lain adalah blog ben ashaari. Same juga blog personal tapi follower die ramai yang amat. Setakat aku tulis artikel ni, follower die dah ade hampir 25 ribu orang. Jadi, dah tentu bile die publish satu artikel dah confirm di depan mata ribuan pembaca.

Jangka masa

Jika korang dah berblog setahun tapi masih belum banyak pageview, sebenarnye korang tak perlu risau sangat. Blogger otai tanpa SEO (yang dipanggil otai) biasanya dah berblog lebih dari 5 tahun. Jadi, korang perlu lebih lagi berusaha dan ikhlaskan diri untuk berblog dan betulkan niat untuk berblog.

Macam yang aku pernah beritahu dulu, berblog adalah memberi manfaat kepada orang lain. Bile korang dah beri manfaat, buat duit dengan blog akan berlaku dengan sendirinya.

Gambar

Aku percaya rakyat Malaysia ni sebenarnye bukan suka membaca sangat. Jadi pembaca lagi sukakan blog bergambar. Blogger tanpa SEO ni memang gemar kongsikan gambar famili, gambar percutian dan lain-lain. Jadi memang masuk la dengan perangai rakyat Malaysia ni yang kurang rajin membaca huhu.

Orang putih kate..

"Let's picture do the talk"

Ok. Itulah pemerhatian aku daripada blog blog yang tak fikir pun pasal SEO. Lagipun bukan senang nak faham SEO ni..aku pun tak pandai..sikit-sikit konsep SEO tu tau la..

Aku cuba untuk praktikkan pemerhatian aku ni kat blog ni. Artikel yang aku tulis dalam blog ni memang tak ade fikir SEO. It's all about sharing :-)

Secara umumnya, blogging tanpa SEO pada aku masih boleh berjaya. Tetapi mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk dapat pilihan ribu pageview setiap hari.

Aku pun percaya Google pun suka dengan blog yang bersifat natural dan tak dipaparkan dengan pelbagai keyword.

5 ulasan:

  1. Ye betul. Namun bagi saya, kedua-duanya juga perlu. selain daripada ikhlas memberi, dalam masa sama fikir cara nak monetize. Kita akan dapat manfaat juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Monetisation kadang tidak perlukan pageview beribu pun (kecuali Google Adsense dan seangkatan dengannya).

      Kalau ade niche targeted contohnye "pakej umrah" memang lebih mudah untuk monetize :-)

      Padam
  2. Betul tu, bila blogger tu hensem / cun lagilah ramai peminat... Hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..point ni aku bagi 110 markah! Memang tak dapat disangkal lagi..blogger cam aku ni kene kerje keras nak lawan yang kacak dan cun tu..hehe

      Padam
  3. Apa pembaca inginkan lebih penting daripada apa Google nak. Tumpukan perhatian pada pembaca sebab kita berkomunikasi dan membantu manusia.

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.