Ads Top

Apa Aku Belajar Setelah 3 Tahun Berblog



Ramai yang ada blog. Tapi tak ramai yang konsisten berblog. Sedar tak sedar, dah 3 tahun aku berblog dan buat duit secara online secara sambilan. Cukup la untuk buat bayar bil internet untuk aku berblog ni.

Secara jujurnya, banyak yang aku belajar daripada jadi blogger dan Youtuber ni. Pendapatan yang aku dapat tu cume sebahagian daripada proses pembelajaran aku dalam dunia online ni. Antara perkara yang aku belajar sejak berblog ni adalah:

Keyakinan Diri


Aku yakin ramai yang nak buat blog tapi terbantut disebabkan kurang keyakinan diri. Aku pun macam tu masa nak mulakan blog dulu. Aku tak yakin ada orang yang nak baca penulisan aku, aku takut tersalah cakap, aku tak yakin boleh berjaya dan aku tak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

Tapi dengan berblog ni aku dapat rasakan perubahan dalam diri aku. Alhamdulillah, perubahan kepada yang lebih baik. Keyakinan aku bertambah dan aku lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, kurang memikirkan tentang apa yang orang lain kata dan teruskan belajar dan belajar.

Masa aku baru mula buat blog, ramai kawan-kawan yang rasa benda blog ni membazir dan tak bermanfaat, tapi pada aku, ia memberi kesan yang baik pada diri aku yang introvert ni.

Membina Impian


Setiap orang ada impian masing-masing. Macam tu juga aku. Jangan salah sangka, aku suka dengan kerja aku sekarang. Tapi tak bermakna kerja aku tu adalah impian aku. Impian aku adalah untuk bersara awal dan fokus pada blog dan online bisnes. Sekarang ni aku sedang menyediakan 'tapak' , 'foundation' untuk aku bersara awal dan juga menyediakan bisnes online yang stabil.

Time line aku tinggal 8 tahun lagi. Jika semuanya berjalan lancar insyaAllah.

Pengorbanan


Dalam kehidupan ni, kite perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Untuk berblog ni, perkara utama yang aku korbankan adalah MASA TIDUR. Jika dulu sebelum berblog aku boleh tidur dengan gembiranya untuk 6 jam.

Sekarang aku kurangkan kepada 4 jam sehari dan 2 jam aku ambil untuk blog dan juga Youtube Channel aku. 2 jam sehari. Secara teorinya macam tu la. Tapi ade je cheat day.

Aku juga ambil masa tengok tv untuk update blog dan juga Youtube. Sekarang aku dah jarang tengok cerita-cerita siri. Kalau dah bosan sangat, download movie dan tengok. Lepas habis relax jap dan sambung buat kerja.

Masa yang aku tak boleh korbankan adalah MASA BERSAMA KELUARGA. Ini aku memang tetapkan.

Ini hanyalah sebahagian yang aku lakukan untuk blog dan Youtube Channel aku.

Kalau korang masih bujang, masa korang lebih flexibel dan lebih mudah untuk diuruskan.

Apa pun, PENGURUSAN MASA amatlah penting untuk korang berblog terutamanya jika blog bukanlah mata pencarian utama korang. Kalau hidup memang berblog, pejam celik memang ngadap blog je.

Ok. Jumpe lagi di celoteh yang akan datang ok.

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.