Ads Top

Apa Kepuasan Menjadi Seorang Blogger / Youtuber?



Masa mula-mula aku buat blog dan buat video di Youtube, sebenarnya aku tak ada matlamat yang pasti kenapa aku nak buat blog ataupun nak upload video di Youtube. Reason utama aku masa tu hanyalah untuk buat duit secara online.

Duit. Duit. Dan Duit

Yup.

Memang aku nak buat duit secara online.

Tapi bila dah lama kelamaan berkongsi pengalaman melalui blog dan Youtube, kepuasan aku mula berubah.

Selain daripada buat duit online, aku rasa seronok apabila apa yang aku kongsikan memberi manfaat kepada orang lain dan ada pembaca atau penonton yang berterima kasih kepada aku atas perkongsian tersebut.

Dan sekarang aku sedar..

Memberi manfaat kepada orang lain lebih memberi kepuasan daripada buat duit online tanpa membantu orang lain.

Bila bantu orang lain dengan perkongsian kita, insyaAllah lebih mudah untuk buat duit secara online. Aku juga mula berfikir bukan hanya untuk keuntungan di dunia, tapi juga keuntungan di akhirat. Jika aku kongsikan ilmu yang bermanfaat, aku pasti ianya akan dapat membantu aku di akhirat nanti bila aku dah mati.

Aku pasti setiap orang mampu untuk menyumbang sesuatu kepada orang lain.

Tak kisah la secara atas talian ataupun tidak.

Bantuan yang korang hulurkan mungkin nampak kecil di mata sendiri, tetapi di mata orang lain, mungkin bantuan tersebut adalah sesuatu yang mereka cari selama ini.

Kepada semua, saya ucapkan selamat terus memberikan manfaat kepada orang lain tidak kiralah korang sebagai blogger / Youtuber atau hanya insan biasa.

Lagi satu, jika korang rase nak support Youtube Channel aku boleh tolong subs ye. Aku baru je buat Youtube Channel baru untuk video-video unboxing, event dan juga mungkin di masa akan datang untuk buat small interview dengan IKS tempatan.

Masih dalam learning curve lagi.

Aku tak minta korang donation, just support dari korang dah memadai 😁

1 ulasan:

  1. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.