Ads Top

Pendapatan Blog Bulan November


Pendapatan blog aku dalam bulan November memang aku dah jangkakan akan menurun. Tetapi ada beberapa sumbangan pendapatan yang aku sendiri tak jangkakan.

Aku akan cube ceritakan setiap satunya..

Pendapatan berkurang kerana..

Bulan ni aku tak capai minimum payout untuk Google Adsense. Dalam masa yang sama aku cube sesuatu yang baru dengan Google Adsense yang dikenali sebagai Ezoic.

Ada sape pernah guna atau tahu tentang Ezoic?

Aku akan cerite pengalaman aku guna Ezoic lain kali..Cuma secara kasarnya guna Ezoic ni boleh naikkan pendapatan Google Adsense..

Tapi sebaliknya..dah hampir sebulan aku guna Ezoic pendapatan tu macam tidak berubah atau semakin berkurangan..Aku target akan guna sampai payout Ezoic yang pertama je kalau begini lah keadaannya.

Nak tau lebih lanjut tentang Ezoic boleh baca kat sini.

Pendapatan Blog aku pada bulan November di cover oleh program affiliate.

Yang paling aku tak sangka adalah Lazada tiba tiba bag aku duit! Wow!

Rupenye akaun aku dah capai nilai minimum untuk payout.

Bayaran affiliate Lazada dibayar terus ke akaun PayPal aku. Memang aku sengaja buat macam tu.
Affiliate lain yang menyumbang adalah dari Klikjer dan juga Rahsia Uber.

Oh ya, sebelum ni aku ade beritahu tentang laman iLancee yang bercuti tu kan..

Baki bayaran pun aku dah dapat bulan November.

Cume yang aku sedikit kecewa adalah laman iLancee tu masih belum beroperasi lagi sehingga sekarang. Admin ilancee sibuk dengan projek lain agaknye.

Mungkin dah tiba masanya aku pindah ke platform lain pulak..huhu..

Selain itu aku dapat pendapatan dari aplikasi buat duit android yang aku review dalam blog tu.
Ok la jugak untuk tambah pendapat blog bulan November.

Untuk perbelanjaan pula, aku dah mula gunakan MailChimp berbayar sebanyak RM63 sebulan. Lain-lain perbelanjaan adalah internet Streamyx rumah aku ni RM140 sebulan.

Kesimpulannye..

Pendapatan:
Klikjer : RM83
Rahsia Uber : RM40
Lazada : RM111.53
Aplikasi Android : RM80

Jumlah : RM314.53

Perbelanjaan : RM203

Jumlah Bersih : RM111.53

Perancangan bulan Disember. Aku akan teruskan blogging seperti biasa dan tunggu nilai payout untuk Ezoic.

Selain itu aku sekarang cuba letakkan iklan Chitika juga pada blog aku.

Itu sahaja dari aku untuk pendapatan blog aku dalam bulan November. Korang yang dapat banyak tu boleh la kongsikan petuanye kat aku ye :-)

3 ulasan:

  1. Jauh lagi la saya ingin merasa income. Baru start blogging, page view pun ckit je. Huhu. Tahniah

    BalasPadam
  2. Kalau dah setahun berblog pun masih belum banyak pageview tu sebenarnya masih normal..yang penting jangan mudah mengalah dan sentiasa belajar..saya pun banyak lagi perkara nak kne belajar..sifu-sifu setiap bulan beribu-ribu..

    Saat dan ketika yang paling berbahagia adalah bila dapat RM1 yang pertama dari blog..itu memang detik yang paling tak dapat dilupakan..

    Tuan pun insyaAllah akan dapat merasa x lame lagi :-)

    BalasPadam
  3. Nice sharing.... Banyak info sini..

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.