Ads Top

Thehaikal.com bernilai RM11,326.29?!


Thehaikal.com ni tahun lepas aku beli harga standart je. Lepas tu aku tak renew dengan anggapan aku akan beli lagi sekali nanti bila aku dah serius nak buat blog personal development aku sendiri atas nama Thehaikal.com.

Hari ni aku rasa nak start balik blog dengan domain thehaikal.com dan pergi kat Godaddy untuk beli domain tu.

Tapi aku rase terkejut sebab entah kenapa domain tu dah jadi Premium Domain dan berharga RM11,326.29. Apakah yang dah berlaku?



Bukan ke premium domain ni nama-nama atau keyword yang popular. Sedangkan 'thehaikal' ni tak ada keyword apa pun. Dan rasenya aku seorang je yang gune. Macam mana boleh jadi premium pulak. Adehh..

Kecewa..Menyesal aku tak renew tahun lepas... 😓😩😩😩😩

Aku dah gunakan nama pena 'Thehaikal' secara online sejak 5 tahun lepas lagi. Walaupun aku baru aktif buat blog dalam 2 tahun je menggunakan nama pena tu.

Aku harap domain name tu tak laku dan dijual dengan harga asal. haha.

Masa tu aku boleh beli semula.



Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.