Ads Top

Belajar Buat Blog. Bukan Susah Mana Pun..



Belajar buat blog ni sebenarnye bukan susah mana pun..yang membezakan cuma sama ada mahu belajar atau tak..bagi yang tak pernah belajar buat blog mungkin merasakan ianya sesuatu yang leceh dan sukar untuk dipelajari..dengan pelbagai terma yang tidak pernah didengari seperti Search Engine Optimization, domain, hosting, trafik dan lain-lain lagi, menyebabkan ramai yang tidak berani untuk belajar buat blog.

Dalam pengalaman aku sendiri..buat blog itu sebenarnya mudah..apa yang sukar adalah untuk terus konsisten berblog..

Buat Blog itu sendiri terdiri dari 3 bahagian iaitu:-
  1. Teknikal - Design Blog, HTML, Template dan lain-lain
  2. Penulisan - Tulis artikel 
  3. Promosi - Cari pembaca blog


Ya. Itu sahaja. Cukup 3 perkara tu korang dah boleh mula berblog. Tapi jika nak buat duit dengan blog ada 2 bahagian tambahan iaitu:-
  1. Penjenamaan 
  2. Platform buat duit - affiliate, iklan, advertorial dan lain-lain.
Ringkas je kan?

Ye ringkas, tetapi semuanya perlu dipelajari. Dengan mempelajari 5 langkah buat blog ni, insyaAllah korang boleh berjaya buat blog dan juga buat duit dengan blog. Mungkin pada permulaannya bukannya beribu-ribu sebulan, tapi cukup untuk bayar bil elektik dan juga bil internet.

Ok.

Apa yang korang dapat dengan belajar buat blog?


Pengurusan masa.

Ada orang kata buat blog ni buang masa je. Tapi pada aku, dengan berblog ni lah aku belajar menghargai masa. Aku ni blogger part time je, jadi memang perlu uruskan masa betul-betul untuk pastikan kerja hakiki dan blog aku berjalan seiringan. Paling mudah buat la jadual sikit. Pilih masa yang terbaik untuk tulis blog. Pilih masa yang mana ketika tu idea akan datang mencurah-curah..mungkin waktu tengah malam..awal pagi..tengah hari buta..suka hati..lain orang lain gayanya.. 

Berani bersuara

Blog bersuara dengan 'perkataan'. Rata-rata kalau aku tanya kenapa tak nak berblog, salah satu jawapannya adalah sebab MALU. Aku pun pemalu. Aku mula belajar buat blog secara serius sejak 2015 je. Tapi sejak aku berblog ni aku rasa self-esteem aku dah bertambah..bila berhadapan dengan orang pun rasa lebih yakin..jadi..siapa yang rasa kurang keyakinan diri tu boleh la cuba belajar berblog..

Mengurangkan pembaziran masa

Semua orang ada cara tersendiri untuk menghabiskan masa terluang. Ada orang bermain game pada telefon pintar, ada yang membaca dan macam macam perkara lagi akan dilakukan jika ada masa yang terluang. Salah satu cara untuk menghabiskan masa kita denganlebih berfaedah adalah dengan berblog. Pengguna platform Blogger boleh menggunakan aplikasi Blogger untuk menulis artikel pada blog. Aku kerap gunakan aplikasi ni untuk berblog semasa menunggu kawan kawan, menunggu makanan di Gerai dan lain-lain. Pada aku ini lebih bermanfaat daripada bermain game.

Usaha tangga kejayaan

Tiada kejayaan datang tanpa usaha. Blog yang paling popular di Malaysia pun perlu usaha berterusan untuk mencapai kejayaan. Blog bukanlah satu sistem 'buat dan tinggal'. Belajar buat blog juga sebenarnye adalah proses berpanjangan yang tiada hentinya.

Apa yang aku cerita ni semua hanyalah pengalaman aku semasa belajar buat blog. Pengalaman aku pun baru setahun jagung. Ramai lagi blogger yang dah berpengalaman lebih luas dan lebih awal berblog yang sanggup mengajar cara buat blog sama ada secara percuma atau berbayar.




Aku nak kongsikan satu ebook yang boleh membantu korang untuk belajar buat blog.

Dalam ebook 'Belajar Buat Blog' ini akan diberi kefahaman tentang perkara-perkara seperti berikut :-

Bab 1 : Nak buat blog tentang apa?
Bab 2 : Langkah-langkah buat blog dengan blogspot
Bab 3 : SEO Nadi Kekuatan Blog
Bab 4 : Buat duit dengan blog
Bab 5 : Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate
Bab 6 : Rahsia buat duit melebihi 4 angka diinternet
Bab 7 : Rumusan dan penutup

Ebook ini merupakan pengalaman sebenar dari blogger yang berpengalaman luas dalam bidang blogging di Malaysia.



Oh ya..

Jika korang masih baru dalam dunia blogging, salah satu cara untuk 'mempromosikan' blog adalah dengan cara menyertai Contest seperti ini. Ini akan memberikan trafik secara percuma kepada blog kita. Aku teringat masa pertama kali aku join contest Lynk.my dulu..tak sangka boleh menang tempat ke tiga pulak tu 😀

Dari situlah bermula blog aku berkembang dengan lebih cepat. 

Ok. Itu sahaja untuk kali ini. 

Aku pun akan terus belajar untuk berblog dengan lebih baik dan konsisten. InsyaAllah 😁


Contest ini turut disertai:
  1. http://calrasepatrick.blogspot.com/2017/01/belajar-buat-blog.html
  2. http://nonasani.blogspot.my/2017/01/contest-mewah-bila-dan-kenapa-aku.html
  3. https://missobsesi.blogspot.my/2017/01/belajar-buat-blog-yang-berjaya-dengan-5.html
  4. http://www.sayidahnapisah.com/2017/01/belajar-buat-blog-ada-apa-dengan-blog.html
  5. http://www.mommyfiqa.com/2017/01/belajar-buat-blog.html
  6. http://www.bloggerlelaki.com/2017/01/belajar-buat-blog-sendiri.html
  7. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/01/belajar-buat-blog-antara-minat-dan.html
  8. http://www.dianarashid.com/2017/01/belajar-buat-blog-bagaimana-nak.html

4 comments:

  1. ilmu baru dalam belajar buat blog ini terus berkembang..

    ReplyDelete
  2. VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA

    Kami VIPQIUQIU99 AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA mengadakan SEO Kontes atau Kontes SEO yang akan di mulai pada tanggal 20 Januari 2017 - 20 Mei 2017, dengan Total Hadiah Rp. 35.000.000,- Ikuti dan Daftarkan diri Anda untuk memenangkan dan ikut menguji kemampuan SEO Anda. Siapkan website terbaik Anda untuk mengikuti kontes ini. Buktikan bahwa Anda adalah Ahli SEO disini. Saat yang tepat untuk mengetest kemampuan SEOAnda dengan tidak sia-sia, hadiah kontes ini adalah Rp 35.000.000,-

    Tunggu apa lagi?
    Kontes SEO ini akan menggunaka kata kunci (Keyword) VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA Jika Anda cukup percaya akan kemampuan SEO Anda, silahkan daftarkan web terbaik Anda SEKARANG JUGA! Dan menangkan hadiah pertama Rp. 10.000.000. Keputusan untuk Pemenang Akan di tentukan dengan aturan kontes SEO yang dapat dilihat di halaman ini.

    Tunggu apa lagi? Ikuti kontes ini sekarang juga!

    CONTACT US
    - Phone : 85570931456
    - PIN BB : 2B48B175
    - SKYPE : VIPQIUQIU99
    - FACEBOOK: VIPQIUQIU99

    ReplyDelete
  3. buat blog yang biasa-biasa tidak sudah..

    buat blog yang menjana duit itu mencabar kerana persaingan dengan ramai blogger otai dan newbie tetapi mempunyai pnulisan sangat power

    ReplyDelete
  4. terima kasih...info yang sangat berguna

    ReplyDelete

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Powered by Blogger.