Ads Top

USD100 sehari dengan Google Adsense


USD100 sehari bermakna lebih kurang RM400 sehari. Bersamaan RM12000 sebulan dengan Google Adsense sahaja. RM12000 pasif income dengan Google Adsense. Ini impian aku. Matlamat jangka panjang aku.

Aku teringat dulu masa aku baru nak mula belajar pasal Google Adsense, aku pernah chat dengan seorang otai Google Adsense lebih kurang 2 tahun lepas..borak punya borak aku tanya la pendapatan Adsense die berapa..

Aku: Berapa lama ye tuan nak capai USD100 Google Adsense tu?

Otai: Sehari..

Aku yang baru nak belajar ni memang kagum habis. Sebab mase tu aku nak capai USD1 setiap hari pun tak boleh.

Daripada perbualan itulah aku mula mengorak langkah kecil. Buat kira-kira macam mana nak sampai ke tahap tu.

Dan..

Sampai sekarang pun masih tak capai ke tahap tu..

Sangat jauh lagi..

Buat Banyak Blog / Niche Site


Aku rasa, untuk dapat USD100 dengan satu blog SAHAJA memang sangat susah. Terutamanya jika blog baru nak up.

Aku fikir, untuk dapat USD100 sehari, apa yang aku perlukan adalah sekurang-kurangnya 5 blog yang setiap satunya dapat USD20 sehari. Nak lebih mudah buat 10 blog yang setiap satunya menjana USD10 sehari.

Ini pada aku lebih logik untuk dicapai.

Lebih 'mudah' untuk dicapai.

Secara teorinya.

Secara praktikalnya, nak buat dan uruskan 5 blog bukanlah satu perkara yang mudah. Kecuali jika korang ada team ataupun memang buat blog sepenuh masa.

Tak semestinya perlu buat 5 laman web sekali gus.

Aku sendiri tetapkan setiap tahun 1 blog / niche site baru. Maksudnya tahun pertama aku fokus pada satu site je, usaha sampai agak-agak sehari boleh dapat USD20. Tahun kedua, bina satu lagi niche site / blog baru. Sekarang fokus lebih sikit pada blog / niche site ke 2 sebab blog pertama dah auto generate income sehari USD20.

Begitulah seterusnya..

Niche Site vs Blog


Aku juga perhatikan, niche site akan dapat lebih earning dengan Google Adsense berbanding blog personal, blog rojak dan lain-lain.

Ini pun logik jugak.

Sebab bila laman web fokus pada satu topik, iklan Google Adsense yang tersiar pun spesifik berkaitan dengan topik tu. Jadi kebarangkalian orang tertarik dengan iklan tu akan lebih tinggi.

Berbanding jika blog rojak petis, iklan yang keluar biasanya lebih random. Jadi dalam kebanyakan masa iklan tu akan diabaikan oleh pembaca.

Lagi satu, berdasarkan pengalaman aku juga, untuk jana pendapatan dengan Google Adsense guna niche site tak perlukan trafik sebanyak blog personal. Alasannya sama, kerana orang yang ke niche site adalah orang yang memang nak info tu dan iklan yang keluar memang berkaitan dengan apa yang mereka cari. Jadi rate orang klik iklan lebih tinggi.

Secara teori dan pengalaman kecil aku.

Actually, itulah aku punye strategi untuk capai USD100 sehari dengan Google Adsense. Tapi secara jujurnya, aku memang belum capai matlamat tu. Jauh lagi. Aku ade lagi lebih kurang 3 tahun untuk capai matlamat tu sebab aku dah tetapkan matlamat tu untuk dicapai dalam masa 5 tahun.

Dah 2 tahun strategi ni aku praktikkan, harapnya boleh dicapai dalam jangka masa 5 tahun 😆

Aku tak nafikan mungkin ade yang senang je nak jana USD100 tu macam otai-otai semua. Aku ni bukan otai....tapi macai, jadi memang kene ada planning yang lama sikit untuk capai tu hehe. Yang pasti aku yakin, USD100 sehari tu bukanlah hanya teori tetapi boleh menjadi satu realiti dengan planning yang betul.

Ok tu je aku nak kongsikan. Mane yang bermanfaat tu ambil, yang tak baik buang jauh-jauh. 😁

Bacaan berkaitan:
Taktik dapat bayaran Google Adsense Setiap Bulan
Sampai bila nak harapkan Google Adsense
Panduan Google Adsense. Aku Dah Habis Baca

2 ulasan:

  1. buat ikut flow kita dan cara kita.

    Jangan ikut sangat cara orang. MOdify dulu.

    Then, nak dapat 100 dollar sehari, takde masalah kot? Haha..

    BalasPadam
  2. Betul cikgu. Memang tengah buat ikut flow, cara dan masa sendiri ini. nak kejor orang lain memanglah tak dapat hehe.

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.