Ads Top

TheVocket: Apa Yang Aku Belajar Daripada TheVocket


Rata rata memang dah kenal blog TheVocket. Tapi korang tau ke apa maksud Vocket tu sebenarnya?

Tak tau kan? Haha.

Kalau tak silap aku, Vocket tu sebenarnya adalah singkatan bagi 'Viral In Your Pocket'. Kalau salah aku mintak maaf  😆

Sebab tu la diorang selalu je keluarkan artikel yang viral atau kongsikan berita-berita viral.

Sebelum ni ada je yang cakap terang terangan yang blog ni tak boleh buat untung. Tak lama lepas post tu, Media Prima ambil pegangan TheVocket 52% dengan nilai 2.6 juta.

Ye. 2.6 juta untuk sebuah blog. Jika 52% bernilai 2.6juta, jadi nilai keseluruhan TheVocket adalah lebih kurang 5 juta. Itu kira-kira congak je.

So sebenarnye blog ni boleh buat duit ke tak?

Sebenarnye dua dua situasi ni pun betul.

Ramai je yang tak berjaya buat duit dengan blog. Ramai juga yang dapat buat duit suam-suam kuku je dengan blog (aku dalam kategori ni). Ada juga yang tegolong dalam golongan professional blog yang memang sepenuhnya buat duit dengan blog.

Dan ada juga gologan ELITE blog macam TheVocket, Amanz, Ohbulan dan Siakapkeli dan lain-lain. 

Sebenarnya, TheVocket bukanlah blog pertama yang dibeli dengan nilai yang tinggi. Dan banyak juga blog yang memang bernilai tinggi walaupun tak dibeli oleh sesiapa pun.


Apa yang diperlukan untuk jadi macam TheVocket?

Apa yang aku nak kongsikan ni adalah berdasarkan apa yang aku perhatikan sahaja.

Konsisten


Dalam artikel sebelum ni lagi aku ada beritahu, nak berjaya buat apa pun, perlu konsisten. Tak konsisten memang apa pun tak boleh. TheVocket terbitkan artikel setiap hari malah lebih daripada 1 post setiap hari. Bayangkan jika setiap hari 3 post diterbitkan, dalam setahun dah ada 1000 artikel dalam blog dan bermakna ada 1000 pintu masuk ke dalam blog!


Trending


TheVocket selalu menyiarkan artikel yang sedang trending. Ini akan memudahkan lagi proses untuk menjadi media viral dan menjadi sumber rujukan untuk mereka yang gemar untuk megetahui berita-berita viral.

Team


Aku perhatikan, kebanyakan blog yang sangat popular adalah hasil daripada satu team yang hebat. Bukannya daripada blog individu. Tidak dinafikan blog individu ada juga yang berjaya, tetapi kebanyakan blog yang sangat berjaya adalah hasil daripada satu kumpulan.

Kelebihan berblog secara berkumpulan adalah setiap orang boleh menyumbang tenaga atau kepakaran masing-masing dan juga boleh meningkatkan frekuensi menghasilkan artikel dalam sesebuah blog.

Berblog secara berkumpulan juga membolehkan lebih banyak idea dapat dikeluarkan dan ini membantu mempercepatkan lagi proses perkembangan blog.

Kredit


Banyak artikel yang dikeluarkan di TheVocket adalah bersumberkan dari media sosial. Tetapi pihak TheVocket tidak lupa untuk memberikan kredit kepada pemilik asal cerita atau post yang kongsikan dalam blog TheVocket.

Ini adalah satu contoh etika berblog yang baik kerana ianya memberikan kredit kepada sumber asal dan bukannya hanya mengambil sumber tanpa izin.

Ok.

Ini yang aku nampak, yang aku tak nampak dari segi SEO, marketing dan lain-lain tu mungkin banyak lagi. Tapi jika korang boleh buat secara konsisten perkara kat atas tu pun tak mustahil untuk berjaya dalam berblog. Walaupun mungkin tak ada orang nak beli, paling kurang boleh jana pendapatan tambahan setiap bulan dari blog.

Orang pertama yang perlu buat perkata kat atas ni adalah aku sendiri. Ada siapa-siapa nak team up dengan aku tak? Haha 😁

2 ulasan:

  1. meh team sekali bosh.. bosh tinggal mane? macam menarik jer...
    Minat jugak blogging, biasa gerak sorang nie otak jadi tepu...
    boleh contak email saya kalau nak berhubung aslamzain1@gmail.com

    BalasPadam
  2. Masih available ke offer ni?? Hahaha... sangat berminat nak team dengan tuan.
    Kalau lulus boleh email saya di mellcomell@gmail.com

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.