Ads Top

Pertandingan Blog Pertama Yang Aku Sertai..Ohsem!

Ok..

Kali ni aku nak cerita sikit pasal penyertaan aku dalam pertandingan SEO pertama sejak aku buat blog ni..Pertandingan ni namenya Contest Review Lynk.my 2015. Masa mula-mula masuk pertandingan ni memang saje-saje nak cuba..

Kalau nak baca dan undi aku boleh baca kat link ni..

Dan tujuan lain adalah untuk nak 'menonjolkan diri' dalam dunia blogging..almaklumlah blogger baru..semangat tu masih berkobar-kobar..

Dan ape yang menarik adalah..dengan menyertai pertandingan ini aku..

  • dapat ramai orang komen kat blog aku
  • dapat kenalan baru
  • dapat berinteraksi dengan peserta lain..
Kalau ikutkan hari memanglah nak menang pertandingan ni..tapi apakan daya..

Kategori yang dipertandingakan..

Top SEO : memang sah-sah aku tak berapa pandai SEO. Memang takat SEO basic ajela yang aku gunakan untuk pertandingan ni..kalau orang lain mungkin dah guna hacking method dan sebagainya utuk stay no satu kat enjin carian Google..aku takat berserah dan tawakal ajela..yang aku tahu buat backlink sikit-sikit dengan komen kat blog orang dan on page SEO. Lagipun itu ajelah yang aku kerap praktikkan dalam banyak - banyak ilmu yang ada dalam Kitab Merah Jambu tu..huhu

Top Undi : Ini pun macam takde harapan untuk menang..rasanya orang akan undi blogger yang terkenal..tapi mana la tahu kan..tuhan gerakkan hati orang untuk undi aku..

Top Kreatif : yang ini ajelah yang mungkin macam ade sinar-sinar harapan untuk menang..tapi banyak jugak yang kreatif buat entri untuk pertandingan ni..siap ade yang buat video bagai..adeh..aku takat buat artikel mencengkam jiwa sikit-sikit boleh lah..

Yang paling Ohsem! adalah..

Aku dah menang hadiah sebab jadi 50 peserta terawal menyertai pertandingan ni..

Ok..

Pertandingan ini bermula 27 Oktober - 27 Disember..Keputusan pulak akan keluar pada 29 Disember..

Harapnya wikicara dapat la sangkut satu kategori pun jadi la..Aminnn..;-)  

Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.