Ads Top

Susah senang seorang Blogger..

Susah senang seorang Blogge


Blog ape SSSB (Susah Senang Seorang blogger) ni?

Haha..

Ini sebenarnya blog luahan perasaan aku sebagai seorang blogger..blog utama aku adalah blog informasi di Wikicara.org.

Kiranya, blog ini adalah disebalik tabir blog wikicara.org..

Aku pun manusia jugak..nak jugak meluahkan perasaan..hehe

Dalam masa sama blog ini juga akan merungkai bagaimana perjalanan blog wikicara aku tu dan bagaimana ia menjana pendapatan..Nak tiru boleh..nak tengok aje pun boleh..

Aku ni memang baru dalam dunia blogging ini..salah silap harap dimaafkan..

Apa yang Ohsem pasal blog ni?

Ini blog aku.  Suke hati aku nak tulis gaya macam mana..tapi apa yang aku tulis adalah perjalanan blog aku yang lain..bukan pasal blog ni..Setakat ni aku ceritakan dulu disebalik tabir blog wikicara.org..mungkin lain kali kalau aku ade blog lain..aku akan ceritakan juga disebalik tabir blog tu..

Aku juge akan ceritakan secara detail pendapatan aku di blog-blog yang aku ada..bukan nak menunjuk ( nak menunjuk ape..sikit aje pun..orang lain lagi banyak ) tapi nakkan sebagai rekod, bukti dan statistik cara aku promosi, artikel mana yang banyak menarik pembaca dan jualan dan sebagainya..korang nak ikut..ikut..tak nak sudah..yang penting ini sebagai rujukan aku..maklumlah aku ni mudah lupe kalau tak tulis..

Pada aku la kan..blogging in senang disebut di mulut..tapi susah untuk dilakukan secara konsisten..

Apa yang aku cuba sampaikan adalah semua orang boleh mula buat blog. Tetapi dari segi kemaskini, menarik trafik, dan menjana pendapatan itu yang akan membezakan antara blogger yang berjaya atau tidak..

Aku masih diperingkat permulaan..jauhhhh lagi dari tahap kejayaan tu..

Sebab itu aku perlu pantau segala yang aku lakukan dan buat untuk pastikan aku ulang apa yang aku berjaya lakukan dan aku tak ulangi kesilapan yang aku lakukan..

Akhir kate, Aku ucapkan selamat berblog!

Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.