Nak jadi part time blogger? Ini cabaran yang korang akan hadapi..
Dan dalam jangka masa tersebut jugak lah aku belajar sedikit sebanyak macam mana kehidupan seorang blogger..
Setakat ini belum banyak kejayaan yang aku kecapi dengan blog-blog aku ni..tapi aku rase progress blog aku setakat ni positif.. Alhamdulillah..
Dalam 6 bulan lepas aku dah berjaya buat duit dengan program affiliate (walaupun tak banyak), menyertai Google Adsense, menang contest (tempat ketiga) dan beberapa kejayaan kecil yang menjadi pencetus semangat aku untuk terus berusaha menjadi part time blogger..
Tapi aku pasti setiap blogger ada cabaran tersendiri..
Apa yang aku nak kongsikan pada kali ini adalah cabaran yang aku hadapi selama menjadi seorang part time blogger..
Aku rasa tak ramai yang berkongsikan disebalik tabir seorang blogger..ramai yang hanya menceritakan perkara yang indah indah tentang buat blog, dapat duit dengan blog, trafik berduyun duyun..tetapi sebelum mendapat kejayaan tersebut, banyak cabaran yang dilalui..
Ini cabaran yang aku hadapi sejak menjadi seorang blogger..
Masa
Bagi aku, masa adalah cabaran utama untuk seorang blogger baru..walaupun setiap orang mempunyai 24jam yang sama, tetapi setiap orang akan menggunakan masa yang diberikan dengan cara mereka yang tersendiri..blogging juga memerlukan masa..masa untuk menulis..masa untuk mempromosikan.. Masa untuk bersosial..
Selain dari itu, aku perlu cari masa untuk menulis..8jam sehari dah burn untuk kerja hakiki..rehat..makan..main bersama anak..blogging biasanye aku peruntukkan 2 atau 3 jam sehari sahaja..itulah masa aku lakukan kesemua perkara untuk blog aku..
Konsisten
Masa ada..tapi tak konsisten..pun boleh membawa padah..pada pengalaman aku, berblogging secara konsisten adalah resepi utama kejayaan dalam berblog..aku ni pun belum berjaya..orang yang dah berjaya kata la..aku sedang dalam proses nak aplikasikan je..Idea
Kadang-kadang langsung takde idea nak tulis apa..tak kisahPersepsi
Orang yang tak pernah ada blog akan mempunyai persepsi yang berbeza..ada kalanya blogger akan dipandang sinis..ada kalanya dicemburui kerana buat duit hanya modal tulisan..tapi persepsi ini kadang kala boleh menjatuhkan semangat aku untuk berblog..harapnya korang jangan la gitu..walau apa orang kata..jangan mengalah..blogging can be a hobby just like any other hobby out there..but the best part is, sometime it can make money..Teknikal
Orang yang baru nak blog mesti banyak tak tahu pasal selok belok buat blog, HTML, designing dan lain-lain. Jika korang memang tak minat, boleh lah minta bantuan kat orang lain..kalau minat..boleh belajar sikit-sikit..Aku memang belajar sikit-sikit..try and error berkaitan HTML, belajar SEO..baca..baca..dan baca..
Ok?
Aku rase inilah cabaran utama aku hadapi untuk terus berblog..
Aku banyak kali nasihat pada diri sendiri..
Berblog bukan untuk duit..
Tapi untuk manfaat orang lain..
Bila niat dah betul..
Baru hati lebih tenang..
Tak stress
Dan semangat akan terus tinggi walau apa yang mendatang..
Ok.. cukup itu dulu..
Tiada ulasan:
Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.