Ads Top

Internet Aku Disambar Petir!


2 minggu aku termenung..

Streamyx aku dipanah petir..Ini sebenarnya bukan salah aku ye..

Semasa kejadian berlaku aku sedang pergi bercuti di Putrajaya..aku dah matikan siap cabut plug lagi sebelum pergi..

Tapi ada orang yang guna semasa aku takde..

Lepas tu nak dijadikan cerita hujan dan dipanah petir..



Tapi aku puji jugak la dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak TM. Memandangkan aku masih ade waranti jadi aku dapat tukar modem secara percuma. Sehari lepas aku buat aduan, abang kontraktor dari pihak TM datang untuk tukar modem. 

Tetapi malangnya die kate modem dah habis sebab banyak sangat orang senasib dengan aku..hari itu je dia dah tukar 5 modem kat rumah orang lain..

Lama jugak aku tunggu stok modem ni..seminggu lebih..2 kali aku tepon abang tu tanya mane modem baru..menyirap jugak abang tu agaknya..

Akhirnya modem yang dijanjikan dah sampai..TAPI..

Aku punya Username dan Password aku tak ingat pulak apa..jadi modem ade..tapi masih tak boleh guna..kene tunggu lagi..

Esoknya baru die datang semula dan tepon ibu pejabat TM untuk dapatkan Usernama dan Password aku..

Akhirnya kini aku boleh beraksi semula untuk berblog haha..

Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.