Ads Top

Ikon Blogger Malaysia : Preview


Ok.

Aku dah lama bercita cita nak buat satu topik untuk blogger blogger yang aku rasa banyak memberi inspirasi pada aku.

Pada mulanya aku fikir nak tulis terus pasal blogger di Malaysia. Tapi macam mana nak kenal blogger tu sendiri kalau aku tak perkenalkan diri aku dan tanye mereka soalan? Dalam masa sama, aku boleh la mengenali blogger-blogger otai ni dengan lebih dekat, lebih personal.

Jadi aku nekad untuk cuba emel blogger blogger tersohor di Malaysia untuk buat sedikit temuramah.
Secara jujurnya, aku risau temuramah dalam bentuk soalan bertulis akan annoy blogger ni..tapi aku cuba buat ayat sesopan yang mungkin untuk tanya..

Tambahan lagi aku ni blogger baru.. kebarangkalian untuk tak di layan tu pun ade jugak..huhu..aku tawakal ajela..

Kalau ade yang reply ye Alhamdulillah :-)

Ok.

Dalam topik Ikon Blogger ni, aku akan cuba untuk tulis artikel berkenaan blogger tersebut berdasarkan pemerhatian aku dan juga berdasarkan soalan-soalan yang aku tanya.

Setiap blogger aku akan tanya set soalan yang sama. Tapi aku pasti setiap blogger akan mempunyai jawapan yang unik dan berguna untuk aku ambil pengajaran. 

Setiap episode akan menerangkan tentang seorang blogger..

Aku sangat berharap, sehingga hujung tahun ni, aku dapat siapkan sekurang kurang nye 5 episode Ikon Blogger bersamaan 5 blogger. Tapi bergantung juga kepada maklum balas yang aku terima.

Apa yang aku suka tentang topik Ikon Blogger ni adalah, disamping dapat mengenal blogger di Malaysia ni dengan lebih dekat, aku juga dapat berkongsi pengalaman yang mereka lalui kepada blogger-blogger baru. Semoga dengan usaha kecil aku ini dapat membantu blogger-blogger ikan bilis seperti aku untuk terus maju dalam dunia blogging. 

Terima kasih.

Wassalam.

No comments:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Powered by Blogger.