Ads Top

Bila masa terbaik nak mula berblog?


Bila masa terbaik nak mula berblog?

Ada orang belajar pasal blog dah lama. Tapi tak pernah lagi buat blog. Asyik belajar dan belajar tentang cara buat blog. Ada orang yang tak pernah belajar pasal blog, tapi bila nak buat blog terus je buat blog. Antara 2 jenis ni mana yang lebih baik?

Pada aku, untuk memulakan blog, kita perlu mulakan seawal mungkin. Bukannya tunggu sampai dah pandai berkaitan SEO, menulis dan sebagainya baru nak buat blog.

Sebenarnya, semua ilmu berkaitan blog TIDAK akan dapat dipelajari sekiranya kita sendiri masih belum ada blog.

TINDAKAN. Itu penting.

BELAJAR secara berterusan itu penting.

JANGAN MENGALAH. Itu SANGAT penting.

Semasa aku mula-mula berblog, aku sendiri banyak persoalan tentang blog. Selalu terfikir betul ke boleh buat duit dengan blog? Bayangkan jika aku selama ni hanya berfikir tapi aku tak buat blog pun. Adakah aku akan ada pendapatan bulanan dengan blog sepertimana yang aku kongsikan dalam blog ni?

Jawapannya PASTI tidak.

Tiada TINDAKAN, tiada HASIL.

Formula tindakan bersamaan hasil ini sebenarnya boleh diaplikasikan dalam apa jua perkara yang kita pernah fikirkan untuk buat. 

Korang boleh fikir selama mana yang korang mahukan.

Tetapi tanpa TINDAKAN, tidak akan ada sebarang perubahan yang akan dapat dilihat.

..........

Aku terfikir untuk buat blog sejak 2009 lagi. Pernah buat blog dan gagal. Gagal dengan erti kata aku mengalah untuk teruskan tulis blog. 

Selama 2009 hingga 2015, aku hanya memerhati dan 'belajar' tentang blog.

TINDAKAN aku hanya bermula semula pada pertengahan tahun 2015. Dan aku dapat rasakan yang aku lebih cepat belajar pasal blog bila aku sendiri ada blog.

Sekarang dah setahun jagung aku kembali ke dunia blog. 

Aku harap aku lebih matang untuk mengharungi kehidupan seorang blogger.

Pada yang masih belum buat blog..

Buat blog pertama korang HARI INI.

Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.