Ads Top

Ada 5 Langkah je Buat Duit Dengan Blog?


Secara teorinya, buat duit dengan blog ni hanya perlukan 5 langkah.

Ye..5 sahaja. Jika korang baca dari mana-mana panduan buat duit dengan blog sekalipun. Dari panduan blog antarabangsa ataupun panduan blog di Malaysia, AKU PASTI ia akan kembali kepada 5 langkah ini.  Mungkin cuma gaya pengolahan dan penerangannya yang sedikit berbeza.

Walaubagaimanapun, 5 langkah ini merupakan asas. Setiap satu langkah sebenarnya boleh dipecahkan kepada langkah-langkah kecil.

5 langkah yang aku maksudkan adalah:

  1. Buat Blog
  2. Buat Kandungan Blog
  3. Cari Pembaca
  4. Bina Jenama
  5. Buat Duit
Senangkan?

Senang ditulis dan disebut.

Secara praktikalnya. Hanya orang yang ada blog akan dapat memahaminya.

5 langkah ini juga berkaitan antara satu sama lain. Pada aku, langkah 2, 3 dan 4 adalah langkah buat duit dengan blog yang PALING susah.

Buat Blog

Buat blog ni berkaitan dengan teknikal. Aku rasa tak ramai yang ada masalah untuk buat blog. Paling senang buat blog guna Blogger. Tak perlu modal apa pun. Buat blog biasanya tidak makan masa yang lama pun. Dalam masa 5 minit pun dah boleh siap buat sebuah blog.

Satu perkara yang perlu difikirkan semasa buat blog adalah tentang TOPIK blog. Buat blog dengan topik yang sama atau hanya personal blog (blog rojak). Pada aku,  mulakan dengan blog rojak sebagai permulaan. Kerana ini akan memudahkan kita untuk ikuti langkah seterusnya untuk buat duit dengan blog.

Buat kandungan blog

Kandungan atau artikel dalam blog ibarat NYAWA pada blog. Tanpa artikel ia tidak akan dipanggil blog pun. Bila berkaitan dengan artikel, kita mesti konsisten dalam menulis blog. Biasakan untuk menulis sekurang-kurangnya satu artikel setiap hari. Ini akan memudahkan kita untuk langkah buat duit dengan blog yang seterusnya.

Cari Pembaca

Pembaca akan datang secara semulajadi ke blog yang kita buat. TEEETTT! SALAH! Tidak ada orang akan tahu kewujudan blog kita jika kita tak kenalkan pada orang lain. CARI PEMBACA dengan memperkenalkan blog kita di media sosial, forum, melawat blog orang lain dan pelbagai cara lagi. Pembaca blog adalah SEGALANYA untuk blog kita. Tanpa pembaca, korang PASTI akan BERHENTI berblog lebih cepat.

Bina Jenama

Aku sendiri pun MASIH berhempas pulas untuk buat langkah yang ke 4 ni. Aku sendiri masih tak pasti sejauh mana jenama blog aku tu. Kalau tak pasti macam aku ni takpe. Kita boleh skip terus ke langkah yang ke lima. Haha

Buat Duit

Buat duit dengan blog ni amat banyaklah caranya. Yang aku tahu, ada 17 cara untuk buat duit dengan blog. Sama ada secara langsung atau tidak langsung dari blog. Tapi pada aku buat duit dengan blog bukanlah sesuatu yang MUDAH!. Walaupun ini adalah langkah yang terakhir, kita perlu lakukannya seawal mungkin.

Secara jujurnya, buat duit dengan blog bukanlah semudah yang ditulis dalam mana-mana panduan buat duit dengan blog. Komitmen blogger itu sendiri adalah sesuatu yang amat penting untuk memastikan kita berjaya untuk BUAT DUIT DENGAN BLOG!

No comments:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Powered by Blogger.