Jadilah Blogger Yang Bertanggungjawab!
Sedang aku scroll di akaun muka buku, aku nampak macam-macam jenis blog yang ada dikongsikan. Ada yang memberi manfaat. Ada yang mengambil kesempatan. Lagi aku benci tengok kalau blog tu atau link yang dikongsikan berbaur umpatan, fitnah dan lain-lain semata-mata nak klik dan buat duit dengan blog.
Inilah yang orang katekan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Aku percaya masih ramai blogger-blogger yang berhemah di luar sane.
Yang mengambil kesempatan post link dengan gambar tak senonoh tu aku rase die sendiri mempunyai masalah dalaman. Dan mereka tidak mengenal erti menjadi seorang blogger yang sebenar.
Dari pengamatan aku..
Blogger yang berjaya adalah blogger yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.
Kalau seseorang blogger tu asyik share post macam kat bawah ni..aku kurang respect cara dia buat duit dengan blog..mungkin hanya mengharapkan klik orang yang ghairah apabila baca tajuk blog post tu..
Tapi itu tanggungjawab masing-masing..kene fikir balik apa tujuan kita berblog..
Matlamat dan masa depan sebagai seorang blogger.
Yang paling penting..rezeki yang kita dapat daripada blogging tu adakah diperolehi dengan cara yang betul dan baik. Aku rasa tak perlu ulas la pasal tu. Semua dah cukup dewasa untuk berfikir secara kritis dan kreatif malah waras.
Ok?
Aku malas nak membebel panjang pasal perkara ni. Kalau aku membebel panjang pun bukan diorang kisah. haha
Cume aku harap bagi yang baru nak mula berblog, carilah panduan yang betul untuk berblog dan buat duit dengan blog dengan cara yang bertanggungjawab dan berhemah.
Tak dinafikan berblog ni walaupun nampak mudah tetapi banyak dugaannya..dalam pengalaman aku yang serba cetek dalam dunia blogging ni ada 5 cabaran utama untuk aku berblog..
Tahan atau tak je yang membezakan antara blogger yang berjaya atau blogger yang sekerat jalan..
Aku harap aku akan tergolong dalam blogger yang berjaya..At least aku bermatlamat begitu.. :-)