Ads Top

affiliate method

Waktu terbaik untuk tulis blog..


Bile waktu korang tulis blog? Aku harap korang boleh respond kat bahagian komen atau dengan jawab survey kat bawah tu. Saje nak buat survey ringkas.

Aku sendiri menulis blog kebiasaannya pada waktu malam antara pukul 10 malam hingga 1 pagi. Masa inilah idea akan datang mencurah-curah bagai air terjun yang mengalir tanpa henti..Eewah! Sebab tu jugak jangka masa yang sama aku letakkan dalam jadual harian yang aku idam-idamkan tu..

Walaupun aku menulis pada waktu malam, tapi idea topik atau tajuk yang aku nak tulis tu akan muncul pada bila-bila masa. Bila idea datang, aku terus tuliskan dalam aplikasi Blogger kat telefon aku.

Orang kata..

Idea perlu di tangkap (dicatat) secepat mungkin..jika dibiarkan, ia akan berlalu pergi atau kita akan terlupa untuk menulis tentangnya..

Itu aku la..

Korang yang mempunyai ingatan yang cekap, tuntas dan pantas, mungkin tak perlukan pun aplikasi Blogger tu..kalau takde aplikasi Blogger pun, boleh guna aplikasi nota atau boleh la tulis kat SMS ke..ikut la kreativiti korang sendiri untuk 'tangkap' idea yang datang..

Bila aku dah tulis tajuk..waktu malam lah aku akan buka semula dan tulis apa yang aku nak tulis..

Aku jangkakan, kebanyakan blogger memang menulis pada waktu malam sebab kebanyakan kita hanyalah blogger part time. Kalau blogger full time macam tuan Hasrul Hassan, itu mungkin tak kire masa sebab memang dah itu kerja die hehe ;-)

Ok.

Sudi-sudikanlah untuk jawab survey ringkas ni ye. Aku hargai sangat semua jawapan yang diberikan. Kalau ade ulasan panjang tulis kat bahagian komen. Kalau tak nak tulis komen, jawab survey je pun jadi la :-)
Dikuasakan oleh Blogger.