Rugi USD120 000 disebabkan Google Adwords!
Semasa aku sedang mengGoogle, aku tertarik dengan satu berita berkaitan seorang budak yang terkeliru antara Google Adwords dengan Google Adsense. Kisah budak berusia 12 tahun ini bermula apabila budak mendapat tahu bahawa beliau dan kawan-kawannya boleh buat duit dengan Youtube. Jadi mereka pun buatlah video dan postkan pada Youtube.
Kesilapan besar mereka adalah apabila mereka terkeliru antara Google Adword dan Google Adsense.
Mereka mendaftar di Google Adwords dan menyangka dapat buat duit dengannya sedangkan apa yang mereka patut buat adalah mendaftar di Google Adsense.
Tidak lama kemudian, mereke terkejut besar apabila mendapat bil daripada Google berjumlah USD120 000 kerana iklan yang merka buat di Google Adword.
Macam tak percaya pun ade masa aku baca kisah ni. Haha.
Ini mengingatkan aku pasal pengalaman pertama aku dengan Google Adword. 2 perkataan untuk menggambarkan pengalaman aku. RUGI BESAR. haha
Aku bermula dengan Google Adwords tanpa ilmu apa-apa. Mula menggunakan Google Adword semasa aku mula-mula mengenali program affiliate.
Aku ingat menggunakan Goolge Adwords terus kepada link affiliate adalah satu tindakan yang bijak. Tetapi malangnya aku hanyalah insan kerdil yang kurang ilmu haha. Tiada jualan, rugi je banyak. Sejak tu aku dah tak main Google Adwords.
Sekarang pun dah tak main Google Adwords.
Kalau ikutkan, mengiklan di Google Adwords sangat bagus kalau betul caranya. Sekarang Google Adwords dah tak benarkan iklan direct ke link affiliate dan itu memang bukan cara yang betul. Ramai yang sekarang menggunakan Google Adwords untuk ke squeeze page atau untuk kumpul emel.
Bagi yang tak pernah guna Google Adwords, untuk permulaan, Google Adwords akan bagi RM150 percuma apabila kita belanja RM150 untuk iklan di Google Adwords. Kalau di Bing Ads pulak, dia bagi RM250 untuk permulaan iklan di Bing Ads.
Kalau rasa ilmu di dada pasal Google Adword atau di Bing Ads dah cukup, boleh cuba mengiklankan produk atau perkhidmatan anda di sana. Sifu-sifu Google Adwords kat luar sana tu pun banyak. Tinggal pilih aje.
Aku?
Setakat ni biarlah aku cuti panjang dari Google Adwords. haha.
Oh.
Pasal cerita budak tadi tu.
Google akhirnya memberikan pelepasan bil USD120 000 Google Adwords selepas mendapati budak tu tak sengaja untuk membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk kes tersebut.
Siapa yang untung sekarang?
Budak tu dan kawan-kawannya..haha
Sikit fakta:
Google Adwords : Digunakan untuk mengiklankan sesuatu (kene guna duit)
Google Adsense : Digunakan untuk menyiarkan iklan (buat duit)
Ringkasnya..
Jangan terkeliru..haha