Payout Pertama Daripada Google Adsense. Ohsem!
Setelah hampir setahun aku pasang Google Adsense dalam blog aku, akhirnya penantian untuk payout berakhir dalam bulan September. Ini menjadikan genaplah aku pasang selama 10 bulan barulah dapat capai minimum USD100 untuk cashout.
Apa yang menarik untuk aku kongsikan adalah walaupun untuk mencapai kadar minimum ni agak lama (10 bulan oo..), tapi dari segi trend pendapatan bulanan nampaknya ada peningkatan dari bulan ke bulan dan aku hampir pasti InsyaAllah jika trend ini berterusan, aku akan dapat capai minimim cashout USD100 dalam masa kurang dari 6 bulan akan datang. Ohsem!
Aku memang bercadang nak jadikan Google Adsense sebagai mata pencarian aku yang utama. Tapi masalahnya dengan Google Adsense ni adalah ianya memerlukan trafik yang banyak barulah pendapatan tu banyak. Tambahan lagi blog tu adalah blog bahasa Malaysia yang mensasarkan pembaca dari Malaysia.
Aku ingat lagi, susah payah aku dapatkan full akaun Google Adsense dan kemudian pasang Google Adsense kat blog aku, pendapatan pertama aku dari Google Adsense cuma USD0.18 sebulan. Hahaha..Menyedihkan..Tapi aku syukur sebab nilai tu semakin bertambah dari bulan ke bulan.
Tapi perlu sentiasa ingat bahawa Google Adsense ni banyak polisi yang perlu diikuti. Tapi konsep utama jadi publisher Google Adsense ni adalah berikan kandungan blog yang bermanfaat kepada pembaca InsyaAllah aku tak perlu risau sangat tentang pendapatan daripada Google Adsense.
Bagi yang baru baca blog aku ni, aku memang baru lagi berkecimpung dalam dunia Google Adsense ni. Walaupun ramai yang cakap pasal rahsia adsense dan sebagainya, tapi pada aku, bagi yang nak mulakan blog dan buat duit dengan Adsense, tiada resepi rahsia. Hanya buat blog, berikan kandungan terbaik, kemaskini blog secara konsisten dan trafik.
Bagi aku formula Google Adsense adalah:
Blog + Trafik = Google Adsense
Pada aku, katakan jika sekarang 1000 uv sehari dapat USD 2 sehari, aku perlu dapatkan 2000 uv sehari untuk dapat USD 4. Itulah pengiraan ringkas yang aku buat. Bagaimana nak dapatkan trafik? Itu adalah persoalan yang sama aku selalu tanya pada diri sendiri.
Apa pun, Alhamdulillah dah dapat payout dan aku akan teruskan memberik manfaat kepada orang lain. InsyaAllah. Aku hanya dapat kongsikan akaun bank aku lepas terima bayaran, sebab dengar kate Google Adsense tak bagi show payment pada awam. Aku tak nak ambil risiko.haha.
Bayaran akan dibuat oleh Google Adsense pada 21hb setiap bulan jika jumlah terkumpul dan capai USD100. Duit Google adsense aku masuk selamat masuk pada 23hb September 2016. Cepat jugak! Ohsem. Suma perlukan 2 hari menggunakan wire transfer.
Ok. Rasanya cukup tu dulu yang aku nak kongsikan. Aku tau ramai yang dapat lagi banyak dari aku. Haha. Aku cume nak bagi semangat untuk diri sendiri dan orang lain yang belum pernah dapat duit dari Google Adsense ni. :-)