Tingkatkan Pendapatan Blog Dengan Chitika?
Jika korang masih belum dapat akaun Google Adsense, Chitika adalah antara alternatif terbaik untuk anda selain daripada Nuffnang dan lain-lain. Aku sendiri sekarang ini sedang cuba untuk menggunakan Chitika pada blog aku tu.
Tapi dari pemantauan aku setakat ini, bagi blog bahasa melayu yang trafik tak berapa nak banyak (blog aku la tu), pendapatan dari Chitika sangatlah minor berbanding dengan Google Adsense. Boleh dikatakan pendapatan sehari Google Adsense adalah bersamaan dengan sebulan pendapatan dengan Chitika.
Kenapa pendapatan dari Chitika terlalu sikit?
Apa yang aku faham adalah pendapatan dengan menggunakan Chitika adalah bergantung kepada CPM bukannya klik pada iklan. Apa benda tu CPM? CPM adalah singkatan bagi cost per impression. Ia juga bermakna pendapatan yang kita dapat apabila 1000 orang lihat iklan tersebut. Sebagai contoh, setiap 1000 impression CPM adalah USD1. Tetapi impression yang kita dapat hanyalah 500. Jadi pendapatan yang kita dapat hanyalah USD0.50. Itu secara umum cara pengiraannya.
Selain daripada itu, pengiklan hanya letak harga tinggi untuk pasaran Amerika Syarikat. Jika luar daripada target audience Amerika Syarikat memang lah rendah bayarannya.
Ada kebarangkalian juga pendapatan dengan Chitika berkurangan sebab terlalu banyak iklan dalam blog kita. Chitika mengesyorkan hanya 3 iklan yang terpapar pada blog kita dan selebihnya akan disekat. Tapi aku sendiri tidak pasti sama ada 3 iklan tersebut adalah iklan-iklan Chitika sahaja atau termasuk iklan Google Adsense atau termasuk juga iklan banner affiliate yang lain. Itu aku akan pastikan kemudian.
Apa yang bagus pasal Chitika?
Walaupun bayarannya tidak sebanyak Google Adsense tetapi aku rasa ianya boleh juga dipasang pada blog kita atas beberapa sebab.Sebab pertama adalah kerana untuk menyertai Chitika jauh lebih mudah daripada menyertai Google Adsense.
Sebab kedua adalah kerana nilai cashout yang diperlukan hanyalah USD10.
Cuma yang tak bestnya adalah untuk mendapat pendapatan yang banyak dengan Chitika, kita perlukan trafik yang betul-betul banyak. Bab trafik ni sememangnya ramai yang mempunyai masalah termasuk blog aku sendiri. Jadi tak hairan lah jika pendapatan daripada Chitika sangat sikit terutamanya blog kecil macam aku ni..
Berapa aku dapat dari Chitika?
Sikit. Sejak aku letak kat blog wikicara tu, yang aku dapat cuma hampir USD2 je dalam masa sebulan.hahaha. Macam kelakar pun ade jugak. Tapi tak apalah, sebab aku rasa ia tidak mengganggu pendapatan aku dengan Google adsense jadi sedikit sebanyak ia memberi pendapatan tambahan pada blog aku tu.Korang cubalah Chitika dalam sebulan ke, lihat macam mana. Tak mendatangkan mudarat pun kat blog. Jika pendapatan memuaskan teruskan. Kalau tak memuaskan buang aje kod Chitika dari blog habis cerita. Untuk aku, buat masa ni aku akan kekalkan dulu. Paling kurang sampai capai USD10 yang pertama hehehe 👍 Bila nak capai USD10 tu mungkin dalam masa 5 bulan lagi hahahaha 💁
Nak cuba Chitika boleh daftar kat laman web Chitika secara percuma.
Ok.
Tu je aku nak kongsi. Kalau korang ada pengalaman dengan Chitika boleh la kongsikan kat ruangan komen di bawah ni ye 👇👍
Terima kasih.
Rasanya lah salah satu penyebab blog ambat loading is Chitika ads.
BalasPadamSo delete terus.
Try guna platform laion pulak.
Lagipun selama 3 bulan guna hanya USD 0.50 je ..sedihh giler ..