Pendapatan Blog Bulan Disember 2016
Nak tulis post untuk pendapatan blog aku bulan Disember 2016 asyik tak sempat aje. Banyak pula perkara yang perlu di buat di awal tahun ni. Sebelum aku terus terlupe, baik aku tulis hari ni.
Untuk pengetahuan korang, aku tulis post ni guna app Blogger je. Aku banyak guna aplikasi Blogger ni untuk tulis idea idea apa aku nak tulis dalam blog aku.
Setiap kali ade idea terlintas, aku terus tulis idea tu dalam app ni. Bila tiba masa aku untuk berblog, aku dah tau apa aku nak tulis. Ini banyak membantu aku jimat masa dan menggunakan masa dengan sebaiknya.
Jika korang tak suka app Blogger, boleh jugak guna app lain macam app note ke pun boleh jugak. Yang penting bila idea datang, terus tulis kat dalam app tu.
Ok.
Kembali pada tajuk asal.
Pendapatan Blog aku pada bulan Disember 2016 agak baik walaupun masalah aku dengan Google Adsense dan Ezoic masih belum selesai.
Secara keseluruhannya, pendapatan bulan Disember hanyalah dari program affiliate yang aku sertai. Semua pendapatan dari pengiklanan masih belum sampai minimum cashout.
Dari segi program affiliate, aku masih mencari produk / program affiliate yang paling sesuai dengan blog aku. Aku dah banyak kali tukar tukar program affiliate yang aku sertai dan promot.
Pada aku, aku perlu cari satu program affiliate yang sesuai dan go all out dengan program affiliate tu. Contoh nye sertai klikjer atau lain lain.
Em..
Sejak aku mula berblog sehinggalah sekarang sudah lebih kurang setahun lebih, aku masih belum dapat ramal pendapatan blog aku setiap bulan. Ini adalah kerana setiap bulan pendapatan blog yang aku dapat dari sumber yang berbeza.
Mungkin bulan ni dari affiliate, bulan depan dari Google Adsense.. begitulah pusingannya..cuma aku bersyukur sebab paling tidak setiap bulan akan dapat duit dari blog. Jumlahnya sikit atau banyak itu adalah sebagai motivasi tambahan.
Semua blog pada satu tahap pasti akan dapat menjana pendapatan. Yang membezakan adalah masa dan jumlah pendapatan yang diperolehi.
Ok.
Pecahan pendapatan aku bulan lepas adalah seperti berikut:
Affiliate : RM609.50
Google Adsense : USD23.02
Ezoic: USD19.10
Daripada jumlah pendapatan yang di atas hanya pendapatan daripada affiliate je yang boleh cashout iaitu RM609.50. Pendapatan yang lain akan dikumpulkan ke bulan hadapan. Jika korang nak tau berkenaan pembayaran Google Adsense boleh baca di sini. Atau jika korang nak tau pasal pendapatan dari Ezoic pun boleh baca di sini.
Walaupun pendapatan pada bulan Disember ni agak meningkat berbanding pendapatan bulan November, tetapi sebenarnya ia hanyalah rezeki yang tidak disangka-sangka.
Macam aku cakap sebelum ni, aku sendiri tak boleh nak jangkakan pendapatan setiap bulan blog aku.
Mungkin ini bermakna aku masih belum betul-betul optimizekan blog aku tu. Atau memang aku perlu terima hakikat bahawa beginilah rencah kehidupan seorang blogger part time.
Jika korang pernah baca blogger-blogger hebat, mereka ni setiap bulan ada perancangan yang sangat strategik dan dah tau dah apa yang mereka akan capai termasuklah berkaitan pendapatan blog mereka. Jadi tak pelik la ada blogger yang boleh bekerja sepenuh masa dengan berblog je.
Perancangan bulan Januari 2017.
Aku rasa permulaan tahun 2017 akan lebih mencabar. Ini adalah kerana tahun baru biasanya adalah masa yang paling sibuk untuk kerja tetap aku kat pejabat. Ada kemungkinan kekerapan aku kemaskini blog akan berkurangan. Jadi aku target untuk permulaan tahun 2017, aku nak tetapkan target at least seminggu satu artikel untuk aku siapkan.
Dari segi monitization blog, aku rasa aku sudah agak selesa dengan program pengiklanan Google Adsense, Ezoic, Lynk dan Chitika. Tetapi aku akan cuba untuk berusaha lebih gigih dengan program affiliate.
Tidak berapa lama dulu aku pernah baca ebook Kitab Merah Jambu tu, salah satu point yang aku dapat dan ingat sampai sekarang adalah untuk program affiliate, biasanya setiap 100 uv akan dapat 1 jualan.
Ternyata ade betulnya fakta tu. Tapi bukan bermakna aku nak banjiri blog aku dengan link affiliate kerana pada aku itu seolah-olah menghalau pembaca. Dari masa ke semasa aku sentiasa cuba pelbagai program affiliate sehinggalah aku jumpa satu yang sesuai dan boleh 'blend' dengan blog aku. Dalam masa sama aku nak belajar lebih lagi berkaitan program affiliate.
Trafik Blog
Dari segi trafik, nampaknya tiada banyak perubahan dari segi perkembangan trafik blog aku. Secara purata setiap hari 1000 uv ke blog aku tu. Buat masa sekarang, aku sedang cuba untuk explore Instagram sebagai salah satu sumber trafik. Untuk pengetahuan korang, aku ni baru lagi dalam Instagram. Pada pembaca yang ada Instagram, boleh la follow aku di @thehaikal . Boleh la kita berkenal-kenalan dan betukar-tukar pendapatan dengan berhemah.
Rasanya cukup la untuk kali ni. Harapnya ada beberapa point dalam artikel kali ini yang dapat membantu korang dalam berblog 👍
Hai Haikal!
BalasPadamBanyak jugak eh income affiliate tu.
Hi ruggedmom :-)
PadamRasenya blogger lain lagi banyak kot incomenye hehe..
Income tu tak tentu jugak..adakala banyak adakala sikit..masih cuba untuk dapatkan income yang agak stabil dari blog tu :-)