Ads Top

Pengalaman Aku Guna Google Adsense dan Ezoic


Bila aku dah dapat akaun penuh Google Adsense, perkara seterusnya yang bermain dalam fikiran adalah - bagaimana nak tingkatkan lagi pendapatan dengan Google Adsense? Setakat ini aku dah dapat 2 kali payout daripada Google Adsense, tapi lepas tu pendapatan Google Adsense aku menjunam ke bawah. Aku pun tak pasti apa sebabnya sedangkan tetapannya sama sepertimana yang aku buat sebelum ni.

Setelah puas aku mencari punca dan sebab musabab pendapatan Google Adsense aku yang menurun, akhirnya aku 'bertemu' dengan Ezoic. Sebelum ni aku tak pernah terfikir pun kewujudan web seperti Ezoic ni. Yang aku tahu hanyalah pasang iklan dan biarkan ia buat duit. Tapi rupanya ia tak semudah itu.

Apa tu Ezoic?

Aku pun tak tahu nak terangkan dalam terma orang yang pakar tentang internet. Tapi pada aku, secara mudah fahamnya adalah Ezoic ni adalah sebagai orang tengah antara kita dan Google Adsense. Apabila kita menggunakan Ezoic, setiap iklan Google Adsense akan ditapis oleh Ezoic terlebih dahulu sebelum di paparkan pada blog atau laman web kita. Katakan kita letak 5 banner Google Adsense pada blog kita, Ezoic akan membuat eksperiment tempat mana banner yang paling berkesan dan memberi pendapatan paling tinggi. Tempat yang tidak sesuai tidak akan memaparkan iklan Google Adsense. 

Jadi jika anda letak 5 banner, mungkin hanya 2 atau 3 sahaja banner yang akan terpapar pada blog anda. Tapi jika tempat-tempat yang anda letakkan sesuai, mungkin semua banner akan dipaparkan. Untuk mendapat keputusan eksperimen yang tepat, Ezoic perlu di pasang pada blog sekurang-kurangnya 12 minggu. 

Perkhidmatan Ezoic adalah percuma, tetapi selepas sebulan, pihak Ezoic akan meletakkan iklan pada footer blog anda sebagai pendapatan bagi Ezoic. Jika anda nak buang iklan pada footer tersebut anda perlu buat bayaran bulanan yang pada saya agak mahal (berbanding pendapatan Google Adsense yang diperolehi) 

Selain itu, apabila iklan dipaparkan melalui Ezoic, pendapatan akan terbahagi kepada 2 iaitu pendapatan dari Ezoic dan juga dari Google Adsense.

Anda boleh cashout pendapatan dari Ezoic apabila mencapai USD20.



Pengalaman Aku Menggunakan Ezoic

Secara keseluruhannya, aku rasa tiada perbezaan ketara pendapatan sebelum memasang Ezoic dan selepas memasang Ezoic. Tetapi apa yang aku suka adalah untuk cashout melalui Ezoic lebih mudah dicapai kerana jumlah minima yang diperlukan hanyalah USD20 berbanding USD100 jika menggunakan Google Adsense. 

Jika korang berminat untuk menggunakan Ezoic, korang perlu baca dan buat tetapan dengan teliti untuk blog korang kerana aku sendiri pernah buat silap dan blog terus tak boleh buka. Tapi team Ezoic sangat membantu dan mudah untuk aku bertanya jika ada sebarang masalah.

Sehingga sekarang aku masih menggunakan Ezoic, tetapi dengan trik yang lain iaitu hanya sebahagian iklan menggunakan Ezoic, sebahagian lagi direct dari Google Adsense. Jadi pendapatan aku akan jalan untuk dua-dua akaun.haha 💪 Dalam sebulan insyaAllah boleh cashout dari Ezoic, untuk Google Adsense mungkin ambil masa dua atau 3 bulan untuk cashout.

Ini bukanlah cara sebenar menggunakan Ezoic tapi aku rasa selesa dengan cara ni hehe..

Ok?

Rasanya itu ajelah yang akau nak kongsikan tentang Ezoic. Kalau korang nak cuba guna Ezoic boleh daftar kat sini - Ezoic.

Kalau masih tak berapa faham, boleh tengok video di bawah untuk lihat lebih jelas rupa paras Ezoic 😀



Cuma aku nak tanya..

Ada sesiapa pernah guna Ezoic jugak tak? Kalau ada yang pernah guna jemput la kongsi pengalaman di ruangan komen 👇👍 Terima kasih.

8 ulasan:

  1. Pergh power lah bro.... Blog sy masih belum layak lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mane de power bro..baru belajo jugak ni..banyak try and error je..tu yang tulis dalam ni..semuanya pengalaman pasal blog.. :-)

      Padam
  2. woahh.macam best, tapi risau pulak ayat kat atas tu "pernah buat silap dan blog terus tak boleh buka"..macam mana nak link kan google adsense dgn ezoic ni?? maaf tanya soalan noob.. kalau boleh terangkan atau video lagi cun ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Done add video :-) Boleh juga tonton di channel saya di sini: https://youtu.be/Zmc4avADg-c dan subscribe ye :-)

      Padam
  3. Terima kasih atas ulasannya, saya baru dapat tawaran kerja sama dengan Ezoic.

    BalasPadam
  4. terima kasiih ulasannya, aku nak coba juga menggunakan ezoic ni, mudah mudahan penghasilan saya bisa meningkat

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.