Ads Top

Laman Web TOP SECRET untuk Template Blogspot Yang AWESOME!


Mana nak cari Theme Blogspot yang cantik? Tidak dapat dinafikan, template blogspot juga memainkan peranan dalam memastikan interaksi antara pengunjung dan blog lebih lancar dan sedap mata memandang. 

Kali ni aku nak kongsikan beberapa laman web untuk korang yang nak tukar template blogspot baru. Laman web inilah yang aku selalu gunakan.

Semua template blogspot ini boleh dimuat turun secara percuma ataupun berbayar. Yang membezakan antara percuma dan berbayar adalah dari segi designer support dan juga link kredit kepada pencipta design template tersebut.

Aku pasti setiap orang mempunyai pilihan bentuk dan gaya tersendiri. Cantik itu subjektif. Cantik pada aku tak semestinya cantik pada korang. Tapi pada aku setiap template perlu beberapa ciri.


Mudah di edit

Mengedit template blogspot sebenarnya agak mudah walaupun jika anda baru pertama kali nak edit mungkin agak memeningkan kerana anda perlu tahu sedikit tentang kod HTML. Setelah beberapa kali anda mungkin dah terbiasa dengan sendirinya.

Responsive

Sekarang kan zaman smartphone. Jadi aku nak pastikan semua template yang aku gunakan boleh dikunjungi dengan baik dari serata jenis peranti. Maksudnya tak ade la bila pembaca datang dari smartphone tulisan macam semut atau cuma nampak separuh page je.

Grid / Magazine Style

Aku paling suka magazine style template. Kenapa? Sebab pada aku template jenis ni kelihatan lebih professional dan unik. Berbeza dengan template grid yang dulu, kini template grid lebih mudah di edit dan nampak lebih elegan.


PERCUMA

Haha..Nak minimumkan kos punya pasal, aku biasanya memilih untuk muat turun secara percuma je. Setakat ni aku tak pernah beli lagi template blogger. Dulu masa aku guna Wordpress, aku pernah beli theme Wordpress harga RM60 lebi kot 😱. Jika korang guna Wordpress dan banyak modal, silakan. Aku ni blogger picisan nak yang murah aje.haha

Ok.

Ini adalah website TOP SECRET yang aku gunakan untuk muat turun semua blog-blog aku (eh macam banyak sangat je blog aku haha). 

Themexpose

Ini adalah yang paling top. Aku sangat suka template yang ada kat sini. Template yang aku gunakan sekarang ni pun aku muat turun secara percuma dari Themexpose. Dari segi kekerapan design baru aku tak berapa pasti berapa kerap, tapi dari pemerhatian aku, dalam beberapa bulan sekali akan ada design baru. Mana taknya, bukan senang nak buat template blog kan..

Gooyabitemplates

Di tempat kedua aku pilih laman web Gooyabitemplates. Aku rasa template blogger kat dalam laman web ni lebih banyak berbanding Themexpose. Cuma dari segi design aku rasa die kalah sikit hehe

Soratemplate

Em..laman web ni pun ok. Tapi aku tak pernah lagi guna template dari sini. Tapi aku kerap browse dan window shopping template kat laman web ni. 

Bloggertheme9

Laman web ni pun ok. Banyak juga pilihan. Dan design die memang tersendiri. 

Ok. Tu jelah laman web yang biasa aku muat turun blogger template secara percuma. Kalau korang nak lifetime support dan nak buang credit kepada pencipta blog, kene beli ye 👨

Pada aku setiap blog perlu guna custom template. Sebab kalau guna default template tu rasa cam malas je nak membaca apa yang di tulis huhu. Tu pendapat aku lagi..Sebab aku memang 'Judge A Blog By Its Template' hehe. Tapi ramai je yang basic template (Blogger / Wordpress) yang berjaya. Tak caya tengok blog Cikgu Titan tu, ringkas tapi pembaca ramai macam tak ingat..haha

4 ulasan:

  1. Top secret source Wordpress theme ada tak ?

    Boleh share nanti. Thank you ..

    BalasPadam
  2. Saye Ade cube beberape templet sebelumni kat goyabite Dan sora tapi tampilan blog saye jadi kacau sebab tak boleh edit. Camane encik boleh edit templet encik

    BalasPadam
  3. Terima kasih.tgh tercari-cari template yg lebih segar dan mesra gadjet.

    BalasPadam
  4. Thank you for sharing info. I want to recommend a well-known company of Web Design Packages in Malaysia, “SWOT” to help you and your startup online and take your business to the next level.

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.