Ads Top

Blogger Disaman..Bantuan Diperlukan..


Aku belum kenal ramai blogger lagi. Tapi pada aku semua blogger adalah bersaudara.

Bila aku dengar ada blogger kena saman oleh pengeluar kosmetik, aku terdetik untuk ambil tahu kisah kes blogger tu.

Blogger ni pun adalah blogger otai yang dah berblog sejak 2009 lagi.

Ada 2 sebab kenapa aku nak ambil tahu tentang kes tu. Pertama sebab aku dan die sama-sama blogger. Aku tahu rasa menjadi blogger. Kedua adalah kerana kes tu melibatkan kosmetik yang disahkan mengandungai racun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kedua-dua situasi ni aku faham kerana aku pun warga KKM juga.

Sebelum ni aku pernah dengar juga kes macam ni. Blogger di saman oleh syarikat kosmetik dan kemudian blogger tu kalah. Tapi yang tak seronoknya akhirnya blogger menjadi duta untuk kosmetik tu pulak.

Tiada kaitan dengan kes ni ye. Aku cume terflashback.

Untuk kes yang berlaku ke atas blogger Nursuria dari blog LekatLekit, pihak pengeluar kosmetik menuduh blogger memfitnah kosmetik yang dikeluarkan.
Nak cerita penuh boleh la ke blog LekatLekit atau ke facebook Nursuria.

Aku pun dapat tahu dari sane.

Aku harap semua blogger dapat bekerja sama membantu Nursuria untuk menghadapi cabaran ni. Bantuan boleh dibuat dengan memberi sokongan moral, doa dan juga sumber kewangan kerana beliau adalah blogger dan surirumah sepenuh masa.

Siapa yang kata jadi blogger ni senang?


4 ulasan:

  1. Susah bro kalau kita dah popular. hihi ..

    BalasPadam
  2. Tula..nak jadi popular susah..dah popular pun susah huhu

    BalasPadam
  3. Pendapatan I ngan Google Adsense semakin kurang. Susah sangat utk dapat rezeki online.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan cepat mengalah..insyaAllah ade rezeki untuk setiap orang..yang penting sentiasa berusaha :-)

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.