Ads Top

5 Sifat Aku Belajar Daripada Blogger Otai


Terdapat banyak blogger yang otai-otai belaka di Malaysia ni. Kalau nak luaskan pandangan lagi, lihat juga blogger lain di luar negara. Tapi untuk setakat ni aku rasa baik aku belajar dari otai-otai blogger tempatan dulu sebab merekalah yang membangunkan dunia blog di Malaysia.

Blogger-blogger otai ni aku anggap mereka adalah blogger yang dah berjaya.

Apa yang aku maksudkan dengan blogger yang dah berjaya?
  1. Pendapatan bulanan blog dah stabil
  2. Trafik mencurah-curah ke blog
  3. Jika blog secara part time, dah boleh berhenti kerja dan fokus untuk jadi full time blogger
Itu memang idaman setiap blogger yang wujud di atas muka bumi ni. Tetapi sebenarnya, nak mencapai tahap tu bukanlah satu perkara yang mudah.

Aku sendiri jauh lagi untuk berjaya. Tapi aku suka melihat orang yang dah berjaya dan belajar daripada mereka.

Apa yang aku perasan adalah, orang yang berjaya terutamanya dalam dunia blog ni mempunyai persamaan dan aku rasa persamaan tersebutlah yang membantu mereka untuk berjaya.



Konsisten

Perkataan ni yang paling aku geruni. Konsistensi adalah sifat pertama yang ada pada seorang blogger yang berjaya. Banyak blog yang boleh kita jadikan contoh. Salah satu blogger yang sentiasa konsisten untuk mengeluarkan artikel yang menarik adalah blog Hasrul Hassan. Aku memang dah lama membaca dan perhatikan blog tu dan kebiasaannya memang setiap hari sekurang-kurangnya akan ada satu artikel di keluarkan.

Contoh blog lain adalah blog Ben Ashaari yang mana mempunyai puluh ribuan  follower. Salah satunya adalah disebabkan konsistensi dalam menghasilkan artikel sejak 2009.

Itu tak tengok lagi blog-blog besar seperti Siakapkeli, Amanz ataupun Majalahniaga yang mana kini menjadi sumber rujukan dalam niche masing-masing. Artikel yang dikeluarkan mungkin lebih dari satu setiap hari.

Tapi rasa tak adil pula nak bandingkan dengan blog gergasi tu. Cuma satu perkara yang kita boleh ambil pengajaran adalah berdirinya mereka ditempat tersebut adalah kerana konsistensi yang mereka tunjukkan dalam memberikan manfaat kepada orang lain.


Bersosial

Nak jadi blogger berjaya kena la rajin dan bijak menggunakan media sosial. Kebanyakan blogger yang berjaya adalah aktif di media sosial tidak kira sama ada di Instagram, Facebook ataupun Twitter.

Media sosial la yang membantu menaikkan branding dan blog mereka.

Malangnya untuk aku yang kurang aktif menggunakan media sosial. Atau lebih tepat lagi aku belum pandai menggunakan media sosial untuk membentuk branding dan follower untuk blog aku.


Sabar

Aku yakin jika blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blog ni selalu mengeluh sebab tak dapat buat duit dengan blog lagi. Secara jujurnya, tahun pertama berblog tak payah la nak buat duit sangat dengan blog. Tak mustahil, tapi baik fokus pada kandungan blog.

Jika kita perhatikan blogger-blogger otai yang dah buat duit ribuan setiap bulan, kebanyakannya dah berblog lebih daripada 5 tahun.

Jika dalam berbisnes, tahun pertama dan tahun ke lima merupakan benchmark untuk menentukan bisnes tu mampu 'survive' atau tak. Ini kerana kebanyakan bisnes lingkup dalam masa 5 tahun.

Pada aku, blog pun macam tu. Jika berjaya bersabar dan konsisten dalam tempoh setahun, tahap pertama boleh dianggap lulus. Jika berjaya melepasi 5 tahun, biasanya blog tu dah cukup stabil dengan pendapatan dan trafik.


Tidak Berputus Asa

Jadi blogger ni bukan seindah 'copywriting'. Tak kira blogger sepenuh masa atau separuh masa, cabaran berblog pasti akan datang dan pergi.

Bermula dari kekangan masa, kekangan idea dan lain-lain. Apa yang penting, jangan sesekali berputus asa.

Aku tertarik mendengar satu quote masa dengar podcast dari Internet Business Mastery.

"The Only Way To Fail Is To Quit"

Sentiasa Belajar

Ilmu adalah segalanya. Perkembangan dunia internet menyebabkan blogger perlu sentiasa belajar dan tidak berasa selesa dengan kedudukan sekarang.

Bagi blogger baru macam aku, banyak lagi perkara dan asam garam dunia blog yang perlu aku belajar.

Semoga segala yang aku belajar dapat dipraktikkan dan menjadikan aku seorang blogger yang Ohsem! haha.


2 ulasan:

  1. kena banyakkan sharing sesuatu value yang ada.lagi bagus.

    BalasPadam
  2. InsyaAllah sy akan tambah ilmu dan beri value kepada pembaca :-)

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.