Ads Top

affiliate method

Fuhh..Seminggu 3 Kali Buat Aduan..


Apa benda paling penting untuk seorang blogger?

Tiada lain..jawapannya adalah INTERNET..

Tak ada internet memang tak boleh post artikel..

Tak ada internet tak boleh nak jalan-jalan pegi blog orang lain..

Tak ada internet tak boleh nak tengok movie online..

Tapi..tak ada internet pendapatan blog tetap berjalan..hehe..Aminn..

Sebelum ni aku ada mengadu pasal internet aku yang ada problem sejak lepas raya lagi. Tapi sejak minggu lepas, simptom internet 'menggila' semakin menjadi-jadi..

Masa waktu siang internet nampaknya agak stabil.

Tapi bila menjelang waktu maghrib, setiap 2 atau 3 minit internet akan terputus..begitulah berulang-ulang sehingga jam 8 pagi.

Aduan kali pertama aku buat pada 21.7.2017. Bila dah dapat nombor report aku pun tunggu orang datang cek internet rumah aku. Tunggu punya tunggu, tak ada siapa pun yang datang cek. Keesokannya datang hasil report kata masalah aku dah selesai..diorang dah tukar 'internet splitter'

Aku baca hasil report tu sambil berkata..'Whaatt?!'

Kalau ia betul-betul menyebabkan masalah internet selesai aku memang tak ada masalah..

Yang masalahnya...masalah aku tak selesai pun..apa pun tak berlaku..

Jangan risau..Aku masih sabar lagi...

Aduan kedua aku buat pada 27.7.2017.

Sebab rasa dah tak boleh tahan dah dengan 'masalah internet malam' aku ni..

Aku telefon dan buat report ke dua. Kali ni Alhamdulillah..28.7.2017 ada abang-abang sado datang tolong cekkan. Godek sana..Godek sini..

Dia kata mungkin ada masalah wiring..

Pada hari tu, die buat kerja kat luar je. Cek peti internet, wiring, tiang dan lain-lain.

Sebelum abang tu balik, dia sempat bagi aku nombor telefon die..dia kate.."Kalau malam ni jadi lagi, abang terus Whatsapp saya.."

Macam biasa, lepas maghrib, gejala internet putus kembali beraksi..

Aku mencapai Nubia ZTE Z9 nak hantar Whatsapp kat abang petang tadi..

Malam tu dia mintak aku buat report semula..
Aku buatlah report ke tiga. Lebih kurang jam 12.30 pagi 29.7.2017.

Waktu-waktu macam ni memang sesuai untuk buat report sebab senang nak cakap dengan cutomer servis..kalau telefon waktu bekerja..asyik line sibuk je memanjang..

Keesokannya, abang yang sama datang cek..kali ni abang tu cek dengan lebih teliti..

Macam-macam lah yang dia cek, termasuklah dengan benda yang aku tak faham.

Report ni berlarutan hinggalah pada hari ini 3.8.2017. 

Malam ni..ketika aku tulis artikel ni..nampaknya internet macam dah kembali pulih..

Aku pun dah dapat SMS dari TM yang cakap masalah aku dah selesai..

Aku nak bagi time sampai tengah malam ni..Kalau sampai tengah malam ni ok, aku nak tutup report dan buat clain rebate..

Fuhh..

Letih juga buat aduan ni..

Al-kisah..

2 ulasan:

  1. eishhh..memang tak senang duduk kalau line internet problem...dah rasa mcm mak kucing hilang anak ...hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..boleh jadi tak keruan internet xde ni..huhu..

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.