Pendapatan Blog Bulan Julai 2017
Dah sampai bulan Ogos ni. Maksudnya dah sampai masa aku cerita pasal pendapatan blog aku untuk bulan Julai dan juga apa cabaran yang aku hadapi sepanjang bulan Julai.
Dah Rajin
Aku rasa aku patut bangga dengan diri sendiri sebab bulan Julai ni boleh dikatakan aku rajin update blog utama aku. Dalam bulan Julai sahaja aku berjaya siap dan post artikel hampir setiap hari atau 2 hari sekali..Pada aku tu pencapaian yang memberangsangkan. Sesuai la untuk aku yang bergerak solo dan hanya buat part time.
Trafik Meningkat
Alhamdulillah, bulan ni trafik nampaknya mula meningkat lebih kurang 10% daripada bulan sebelum ini.Google Adsense Native Ads
Rasanya korang dah tau yang Google Adsense dah keluarkan 2 jenis iklan baru. Aku dah pun aplikasikan pada blog. Cume rasanya peningkatan dari segi pendapatan masih belum dapat aku pastikan sebab aku mula pasang iklan native ni pun bermula dari pertengahan bulan.Internet
Antara kecewa dan marah, internet rumah aku mengalami masalah sejak lebih kurang 2 minggu lalu. Ketika aku tulis post ni pun internet asyik putus setiap 2 minit..huhu..memang perlukan kesabaran yang tinggi ni nak berblog dengan internet yang hidup segan, mati tak mahu ni..Nanti dah settle report aku ni memang aku nak claim rebate dengan Pakcik TM.
Goodbye Chitika
Ok. Secara rasminya, aku dah off guna Chitika. Dengan alasan sebab aku nak guna Google Adsense Native Ads, tapi sebenarnya pendapatan dari Chitika tu tak berbaloi nak tunggu. Rasanya setakat ni tak sampai pun USD10 dalam akaun tu..nak tunggu sampai minimum cashout, memang berjanggut..better aku fokus pada Google Adsense je..Tapi kalau ada yang nak cuba Chitika dipersilakan ye..
Ok.
Kembali ke topik asal aku..
Ini adalah pecahan pendapatan blog aku untuk bulan Julai 2017.
Affiliate.
Dalam banyak-banyak affiliate, nampaknya aku tak berjaya buat satu sale pun dari Klikjer untuk bulan Julai huhu. Tapi Alhamdulillah, affiliate lain pula yang memberikan pendapatan.Aku dapat 2 sale dari affiliate Rahsia Uber dan beberapa sale dari program affiliate Involveasia.
Tapi yang program affiliate Involveasia takkan dapat bulan ni sebab conversion masih belum approved.
Jadi total aku dapat RM80 daripada affiliate Rahsia Uber.
Ilancee
Alhamdulillah. Pendapatan terbanyak aku untuk bulan Julai adalah daripada laman web ilancee. Walaupun laman web ni nampaknya macam suam-suam kuku je, tapi hampir setiap bulan ada je orang minta perkhidmatan aku di ilancee.Aku ada buat perkhidmatan menulis artikel dan buat blog. Tapi yang agak laku keras cuma perkhidmatan tulis artikel. Aku cas murah je. RM25 untuk satu artikel 500 patah perkataan.
Nak lagi murah dari tu, sila tulis sendiri haha.. GURAU je..jangan serius sangat..
Total pendapatan aku dari ilancee bulan ni adalah RM360.
Iklan
Pendapatan Google Adsense aku insyaAllah lepas ni boleh cashout setiap 2 bulan. Untuk bulan Julai dah cukup untuk cashout, tapi bulan Ogos baru pendapatan tu approved, jadi aku tak kira la untuk pendapatan bulan Julai. Kirenya dalam bulan Ogos ni dah tentu dapat RM400+ dari Google Adsense.Untuk Ezoic pulak aku dapat USD36 untuk bulan Julai 2017.
Jadi total pendapatan blog aku untuk bulan Julai 2017 adalah sebanyak lebih kurang RM580.
Alhamdulillah..Kalau ada yang nak bukti pendapatan aku tu boleh la PM tepi kot..aku rasa tak perlu nak letak gambar banyak-banyak kat sini..nanti lambat pulak blog aku load..haha..
Ok.
Setakat ni tu lah pendapatan blog aku untuk bulan Julai 2017. Alhamdulillah masih ada rezeki aku dari blog dari bulan ke bulan 😊
Saya tumpang gembira bro..
BalasPadamSeronok temgok kawan kawan murah rezeki..
Alhamdulillah dan tahniah..
Rezeki saya nak dapat awek cantik.. Itu gurau je.
Kalau betul pun ape salahnye ;-)
PadamWah bestnye. Saya punya adsense tak boleh nak tukar url, pakai url lama. nak kena buat blog baru dengan akaun adsense baru ðŸ˜
BalasPadamNak tanya Ezoic tu apa?haha
Apa maksud tak boleh tukar URL? tak faham. Ezoic ni die Google Adsense partner. Kire die bid iklan mana harga lebih tinggi dia akan siarkan..lebih anjut boleh baca kat sini ye:
Padamhttp://www.susahsenangblogger.com/2016/12/pengalaman-menggunakan-ezoic.html
(Y) Tahniah bro banyak dah tu rm580 slow-2 nanti boleh jadi RM5800 sebulan... macam menarik Ilance tu
BalasPadamAminn..semoga makbul doa tuan ni :-)
Padambanyak la tu.
BalasPadamsiapa nak bagi kan?
Alhamdulillah :-) Bersyukur insyaAllah akan ditambah..
PadamSteady juga tu dapat ratus2 bukan senang tu
BalasPadamAlhamdulillah..nak dapat bukan senang..nak maintain tiap bulan tu lagi la double triple susah..huhu..semoga kite sama sama berjaya ye :-)
PadamKalau ada yang nak mintak bukti pendapatan, tu mungkin dia kerja dengan LHDN la agaknya kot..
BalasPadamseram pulak dgr LHDN. hehe. Nanti kalau dah stabil income mungkin kena declare jugak ni :-)
Padamwah, banyaknya...seingat saya, baru 2kali saya cash out nuffnang seumur hidup blog saya! haha
BalasPadammoga berjaya!