Ads Top

Renungkan Kata-Kata Jack Ma ni..


Sejak akhir akhir ni aku suka dengar dan baca quote quote yang membina motivasi diri. Moge moge motivasi tu melekat pada aku..

Baru baru ni aku ade tonton satu video berkenaan Jack Ma..

Dah banyak version jugak aku tengok video Jack Ma..Selalu juga aku baca pasal dia ni.

Kebanyakan cerita benda yang hampir sama..

Kisah Jack Ma pernah kena reject dengan Harvard 10 kali..

Kena reject dengan KFC..

Kena reject masa nak jadi polis..

Dan macam macam lagi die kena reject..

Apa yang Jack Ma cuba sampaikan adalah kegagalan dan ditolak adalah sesuatu yang normal dalam kehidupan kita..

Tapi dalam banyak-banyak video tu ade satu part quote yang aku suka..bunyinya macam ni..

Eh jap!


Korang kenal ke tak makhluk bernama Jack Ma ni?

Bukan Jack and the Beanstalk..

Bukan Jacky Chan...

.
.

Aku dah cerita bukan main lagi, rupanya ade yang tak tahu siapa Jack Ma.

Secara mudahnya..kalau korang tau berkenaan...

Aliexpress?


Tmall?

Alibaba?

Itu semua Ahmad Albab yang punya...!

Eh..itu semua Jack Ma yang punya..

Jack Ma adalah antara orang yang paling kaya di negara China. Dia adalah pengasas kepada Alibaba Group dan juga laman web yang banyak diperkatakan di Malaysia untuk beli borong secara online dari China iaitu Taobao.

Sedikit pengenalan kepada Taobao, semasa ia dilancarkan pada tahun 2003, mereka mulakan ecommerce tersebut dengan menjual barangan kepunyaan pekerja-pekerja Jack Ma sebab mereka tak mampu untuk cari supplier ataupun beli barang dari pemborong lain. Sebanyak 21 item telah disenaraikan dalam minggu pertama ianya dilancarkan, langsung tak ada pembeli pada minggu pertama. 

Pada minggu ke dua, pekerja-pekerja Taobao membeli barang mereka sesama sendiri, semata-mata untuk menunjukkan bahawa berlaku transaksi di dalam Taobao, kemudian mereka mula dapat penjual pertama. 

Untuk bulan pertama, mereka membeli semua barang yang disenaraikan oleh penjual di dalam laman web tersebut..

Sehinggalah bila sudah ramai penjual dan pembeli mendaftar, mereka mula menjalankan ecommerce seperti biasa.

Ok. 

Kembali pada tajuk.

Dalam satu wawancara, Jack Ma ada keluarkan kata-kata ni:

Today is very difficult, tomorrow even more difficult, but the day after tomorrow is very beautiful..
But most of people die tomorrow evening..

First time aku dengar pun dah tertarik dengan maksudnye yang tersirat disebalik kata kata tu..

Apa yang korang faham dengan kata kata tu?



Pada aku, ia memberi maksud bahawa jangan sesekali kita berputus asa dengan matlamat yang kita inginkan.

Pada permulaannya memang akan menghadapi masalah, cabaran dan kegagalan, tetapi bile kita dah lalui semua itu, kita akan menjadi lebih matang dan InsyaAllah berjaya atas apa yang kita usahakan.

Lain pula bagi orang yang senang mengalah. Mereka cepat berputus asa apabila menghadapi cabaran, sedangkan kejayaan masih menunggu mereka.

Jadi..

Sekiranya korang ada matlamat yang nak dicapai, terus kan berusaha sehingga 'day after tomorrow'..

Dalam islam juga kita boleh ambil dari surah Al Insyirah..setiap kesukaran ada bersama kesenangan..

Tidak kira apa sahaja yang kita usahakan sama ada dalam perniagaan, pelajaran mahupun blogging, kita kena sentiasa berusaha dengan usaha yang terbaik.

At least itulah yang aku percaya 😇

Saksikanlah video yang aku maksudkan kat bawah ni ye 😀

8 ulasan:

  1. nampaknya bro sudah suka dengan bab motivasi..tahniah

    memang betul tu..

    banyak lagi kisah hebat sebenarnya..termasuk kisah bro sendiri betul tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kisah saya xde orang nak tau pun haha..xpela saya simpan sendiri je..

      Padam
    2. Teringin nak taw. Share lah ..

      Padam
    3. saya juga sama dengan bro Asyaf Asri...

      Padam
  2. banyak kali kene reject pon dia syeady je kan..boleh cedok nasihat2 dia ni yang mana bagus..

    Tips Dan Petua Kesihatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakan apa yang die kate tu ade betulnya dan boleh memberi inspirasi kepada kita :-)

      Padam
  3. Terbaik bro,dah boleh buat seminar motivasi ni.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat seminar motivasi untuk diri sendiri boleh la hehe

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.