Ads Top

Melombong Bitcoin vs Blogging. Which one better?


Sejak akhir-akhir ni banyak timbul pasal melombong bitcoin (bitcoin mining). Mungkin sebab harga bitcoin dah melonjak naik sampai lebih dari RM15k untuk 1 Bitcoin. Siapa yang tak teruja nak pergi melombong kalau harga naik macam tu..

Aku mula dengar tentang Bitcoin ni sejak tahun 2010 lagi. Tapi tak pernah ambil kisah pasal bitcoin ni sebab aku ingat bitcoin ni lebih kurang sama macam Paypal, Payoneer dan lain-lain.

Rupenye aku silap besar..

Masa tahun 2010 harga bitcoin sangatlah rendah..sampai orang tak kisah pun..

Sejujurnya aku pun masih menimba ilmu pasal bitcoin ni..bukannya nak jadi pelombong, tapi sebagai ilmu tambahan..

Nak jadi blogger kene la tahu perkembangan semasa kan.

Ok.

Oleh sebab aku tak pandai nak terangkan apa itu bitcoin dan cryptocurrency, jadi aku ambil penerangan ni dari blog lain.

Pada aku ni adalah penerangan paling mudah untuk faham asas apa itu bitcoin.

Apa itu Bitcoin?


Bitcoin diperkenalkan pada tahun 2008 oleh pencipta bayangan yang dikenali dengan nama Satoshi Nakamoto, yang hanya disampaikan melalui e-mel dan pesanan sosial media. Asalnya ia direka oleh Satoshi Nakamoto untuk tujuan membuat pengkalan data yang besar yang terdiri dari server-server diseluruh pelusuk dunia supaya (decentralised). Sesiapa saja boleh terlibat untuk menjadi server ini (open source). - Sumber Denaihati





Ok.

Berbalik kepada topik..

Mana lebih berbalaoi buat duit dengan bitcoin atau blogging?

Jawapan asasnya terpulang kepada individu..

Tapi..

Aku nak kongsikan pendapat aku..antara melombong bitcoin atau blogging..

Ulang suara..ni pendapat aku je..jadi jangan kecam aku ye hehe..

Persamaan antara bitcoin mining dan blogging adalah kedua duanya BOLEH (bukan pasti ye) memberikan kita pasif income. Kedua-duanya juga memerlukan masa dan bukannya skim cepat kaya..kedua duanya perlu kan internet..

Perlu juga ilmu yang betul tentang bitcoin..

Dari segi perbezaan pulak..

Ni la rupa orang yang melombong secara besar-besaran..

Bitcoin Mining

  1. Kos permulaan yang mahal untuk beli tools untuk mining
  2. Bil elektrik meningkat. Bitcoin mining ni biasanya akan buka internet dan juga komputer setiap hari - 24 jam.  
  3. Risiko kerosakan tools yang di beli. Bila dah bukan 24jam sehari, kebarangkalian alat melombong tu boleh rosak mungkin disebabkan panas dan lain-lain faktor. Kalau dah balik modal tak apa. Kalau baru nak kutip modal balik?
  4. Perlu kan internet yang sangat stable. Kalau setakat 1MBps hingga 4MBps tu baik lupakan je. Sebab bila dah mulakan mining ni, internet semua dia akan tarik. Orang lain memang dah tak boleh guna. 
  5. Perlu tahu banyak teknikal computer untuk pasang mining device. Kalau setakat tau pasang mouse dan keyboard, jangan mimpi la nak buat DIY Mining set. 
  6. ON device dan tinggal je dan bitcoin akan masuk. 


Blogging

  1. Kos permulaan murah. Setakat beli domain setahun baru RM3.99. Kalau beli hosting untuk setahun pun biasanya baru dalam RM200 lebih setahun.
  2. Kos masa dan tenaga yang banyak tulis artikel. Ini adalah hakikat menjadi seorang blogger. Kena banyak habiskan masa menulis. Bukan setakat menulis, tetapi menulis sesuatu yang orang nak baca.
  3. Risiko mata rabun sebab banyak sangat tengok komputer. Aku adalah bukti utama. Aku dah rabun dah..
  4. Perlu konsisten berblog. Kalau setakat setahun berblog nak beribu, susah sikit. Kebanyakan blogger yang dah buat banyak duit paling kurang dah berblog 3 atau 4 tahun. Jauh lagi aku nak kejar diorang tu..
  5. Risiko blog gagal buat duit. Sebelum ni aku memang dah banyak kali gagal buat duit denga blog. Sekarang nak kata berjaya tak la, tapi sikit-sikit setiap bulan ada la pendapatan daripada blog dan duit online.
  6. Perlu faham tentang SEO. SEO ni tak semestinya, tapi jika nak cepat buat duit, kena tahu SEO. 


Pada aku dua-dua ada kelebihan masing masing bergantung kepada individu.

Bagi yang tak ada banyak masa tapi ade banyak modal, mungkin boleh pertimbangkan mining bitcoin.

Yang nak start slow and steady, boleh start blogging.

Nak lebih baik?

Cube kedua duanye haha..

Sebab utama adalah bitcoin adalah matawang digital baru dan mungkin satu hari nanti akan diguna pakai diseluruh dunia..

Apa pun, harapnya perkembangan teknologi ini memberikan sesuatu yang positif kepada dunia..

10 ulasan:

  1. Hoho... terjebak pasal btc nie bro sbb baca post bro yg berinspirasi tue - if you never tried, how will you ever know..if there any chance...???

    Tak dinafikan blogging juga sudah menjadi darah daging dalam menjana pendapatan online tapi...kadang2 idea tak mari..pendapatan pon lari... tue nak cuba nasib masuk lombong cari duit digital nie..kalo lombong bagus ada laa rezeki bro.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah ade lombong nanti helo2 la skit..nak jugak join hehe

      Padam
  2. Rasa belum terlambat nak mulakan mining bitcoin ni :) sama juga belum terlambat nak mula berblogging. Sabar, fokus, bertindak, In Shaa Allah dapat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..boleh cube semua benda tapi mesti dengan ilmu :-)

      Padam
  3. Berbitcoinlah dengan ilmu yang cukup dan gunakan blogging untuk kembangkan bisnes tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada yang benar melainkan yang benar sahaje apa yang tuan katakan tu ;-)

      Padam
  4. baru nak ambik port tentang bitcoin...sekarang rasa yang memlombong bitcoin pula..

    masalahnya tak tahu lombong kat mana..

    tak akan belakang rumah saya kot hehehe

    blogger...saya jadi kamikaze sekarang ini..

    pahit dan maung saya telan bulat-bulat demi blog.

    hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..jadi blogger lagi trill hehe..

      Padam
  5. aku tak minat.

    lebih suka cari benda yang "nampak".

    haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun terfikir gak..'bende' alah ape yang di mining..dari mana..haha..

      Padam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.