Ads Top

Amazing. Gracias TheHaikal!


Mungkin ada yang dah tau.

Tapi aku yakin, lebih ramai yang tak tahu. Aku ada buat perkhidmatan penulisan ni sejak beberapa tahun lepas.

Perkhidmatan ni aku dah buat sejak dari ilancee v2 hinggalah yang sekarang ni ilancee v3.

Terima kasih aku ucapkan kepada laptop usang aku ni yang masih setia berkhidmat.

Walaupun laman web ilancee ni nampaknya tak lah hot sangat. Tak sampai lagi tahap Fiverr yang banyak gile perkhidmatan yang tersenarai.

Setakat aku tulis ni, kalau tak silap ada lebih kurang 34 perkhidmatan je yang tersenarai di ilancee.

Sesiapa yang nak promosikan perkhidmatan, boleh buat akaun jualan di ilancee.

Aku tak dapat apa-apa pun promosikan ilancee ni ye.

Cume aku rasa seronok dapat menjadi antara pengguna setia ilancee hehe 😀



Gambar kat atas ni contoh komen yang aku dapat daripada orang yang tempah perkhidmatan aku di ilancee. Alhamdulillah ramai jugak yang berpuas hati dengan perkhidmatan aku yang tak seberapa ni.

Dari masa ke semasa aku sentiasa akan tambahbaik skill penulisan aku.

Bak kat pepatah omputih..

Practice Make Perfect..

Yang penting, aku buat apa yang aku janji..

Aku tak copy paste artikel orang..

Aku tulis dengan kudrat 10 jari aku sendiri..

Kalau tak percaya boleh guna Copyscape..

Kenapa aku menulis?

Dari dulu memang aku suka menulis. Dulu aku pernah tulis cerpen. Tapi sebab tak ada masa jadinya 'bakat' tu terabai begitu sahaja.

Dengan menulis juga aku banyak belajar benda baru..

Contohnya, ada orang mintak aku tulis pasal 'personal branding' sedangkan aku sendiri tak banyak yang aku tahu pasal perkara tu..

Itu akan merangsang aku untuk mengkaji, mencari dan belajar benda baru. Penuhkan ilmu di dada pasal topik tu barulah aku boleh luahkan semula dalam artikel yang orang tempah..

Dengan menulis juga aku tahu erti menghargai masa..

Berapa masa yang korang perlukan untuk menulis artikel atau blogpost dengan 500 patah perkataan?

Bagi aku, masa yang aku ambil untuk menulis artikel hampir 2 jam untuk setiap artikel. Itu termasuk dengan nak semak tatabahasa, lenggok bahasa dan lain-lain.

Jadi penulis bebas ni sebenarnya bukan senang.

Ada kalanya job datang sekali banyak.

Ada kalanya job tak masuk-masuk.

Pendapatan juga biasa-biasa je. Ada la sikit buat beli keropok buat peneman semasa menulis.

What Next?

Aku ade berangan juga untuk buat website untuk perkhidmatan penulisan aku sendiri. Tapi mungkin bukan dalam jangka masa terdekat. Paling awal aku harap awal tahun depan.

Aku nak menimba ilmu dan pengalaman di ilancee dulu. Banyak lagi selok belok jadi penulisan ni yang aku perlu belajar.

Kalau ada yang nak buat join venture perkhidmatan penulisan boleh hubungi aku ye.. 😀 Mana tau boleh buat satu platform untuk semua penulis berkumpul 😉

Jika nak cuba penangan perkhidmatan penulisan aku, boleh buat tempahan artikel di sini. InsyaAllah tak menyesal.

Yang nak buat niche site tapi tak ada masa nak menulis, boleh juga buat tempahan. Nak selamat cuba satu dulu. Kalau puas hati boleh tempah artikel banyak terus 😋

18 ulasan:

  1. Terbaik.. Semoga berjaya Haikal

    BalasPadam
  2. saya berharap suatu hari nanti saya menggunakan perkhidmatan penulisan thehaikal..

    saya perlu cari duit banyak duiu sebelum menempah perkhidmatan tersebut..

    doakan kejayaan saya dan saya doakan kejayaan thehaikal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn :-) Semoga matlamat kita akan tercapai kelak :-)

      Padam
  3. Sementara belum banyak persaingan, buat dulu duit kaw-kaw kat ilancee :) nanti bila dah besar sangat macam fiverr persaingan banyak la pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Nak buat perkhidmatan untuk fiverr rase macam tak mampu pulak hehe..

      Cukup la buat kat ilancee dulu :-)

      Padam
  4. saya sebenarnya tak tahu apa itu ilancee...but i wish you good luck!

    BalasPadam
  5. Terbaik dengan infonya... baru tahu apa itu ilancee ... " terima kasih info yang sangat berguna..

    BalasPadam
  6. Tahniah the Haikal !

    Semoga terus maju. Anyway penulisan kat blog ni pun best kami baca. Sampai setiap kali masuk tak sabar nak tunggu post terbaru.

    huhu penangan Penulis yang ikhlas ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak :-)

      Masih banyak lagi yang boleh saya tambah baik di masa hadapan.. :-)

      Padam
  7. Saya suka baca artikel blog admin. Banyak info yang differ dari blogger lain. Saya percaya newbie (including me) akan mencari blogger dan writer yang unique untuk dijadikan sifoo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak puan :-) Blog ni pun perkongsian newbie kepada newbie ;-) Kalau ade sifu sifu singgah bace segan jugak ni hehe

      Padam
  8. betul juga tu, nak mengkaji sesuatu topik sebelum nak ditulis juga mengambil masa..
    semoga terus maju..

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.