Ads Top

Pernah tengok cerita The Billionaire tak?


Cerita The Billionaire adalah antara cerita yang paling memberi inspirasi aku untuk terus berusaha.

Walaupun banyak kali gagal.

Thomas Edison pernah berkata bila ditanyakan tentang kegagalannya tentang sesuatu perkara..

I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work.


Itulah yang aku belajar dari cerita The Billionaire ni.

Kalau korang tak pernah tengok, biar aku ceritakan sikit sinopsisnye. Kalau dah tengok, boleh skip baca peranggan seterusnye 😁

Cerita ni bermula tentang seorang budak sekolah yang suka bermain game dan pada mulanya die buat duit dengan main game. Sehinggalah akaun game online die kena blok, die terpaksa cara jalan lain untuk cari duit.

Ayah die sentiasa marah die sebab die ni tak nak belajar. Mak die ni pulak sentiasa backup dan beri sokongan pada die walaupun apa yang dia lakukan.

Sorang lagi penyokong setia dia adalah atuk die. Apa aje yang die buat, mesti atuk die yang jadi mangsa untuk tolong.

Antara kegagalan yang die lalui:

  1. Nak jual konsol  game tapi kena tipu dengan supplier
  2. Cuba jual buah berangan dengan atuk di shopping mall tapi akhirnya gagal
  3. Gagal dalam percintaan (haha)

Lepas tu barulah die secara tak sengaja terfikir nak buat bisnes jual snek rumpai laut.

Tapi buat bisnes snek rumpai laut bukanlah sesuatu yang mudah..

Antara masalah yang dihadapi untuk bisnes snek rumpai laut:

  1. Cara goreng rumpai laut yang betul
  2. Pemasaran
  3. Cuba dapatkan kontrak 7 Eleven
  4. Modal nak besarkan perniagaan
  5. Selesaikan masalah hutang keluarga
Apa yang menarik adalah macam mana die berusaha dan terus berusaha untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah tu.

Di akhirnya die berjaya menjadi jutawan mudah di Thailand dengan perniagaan snek rumpai laut.

Ini adalah cerita yang diadaptasikan daripada kisah sebenar

Apa yang aku cuba sampaikan ni?

Aku cume nak bagitahu. Kejayaan tu tak datang dengan mudah.

Sebelum berjaya biasanya akan hadapi pelbagai cubaan dan dugaan. Yang penting kita kena usaha. Dan terus berusaha.

Ada rezeki insyaAllah akan berjaya.

Kalau korang nak tengok cerita tu boleh komen kat bawah, nanti aku PM link. Tak boleh letak sini nanti pakcik Google mengamuk. hehe 😆

Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.