Ini Cara Buat Duit Online Paling Cepat dan Tuntas!
Kalau boleh semua benda nak cepat.
Nak balik kerja cepat.
Nak bawak kereta cepat.
Nak makan cepat.
Nak kahwin cepat.
Apatah lagi buat duit online. Memang nak cepat jugak. Kalau boleh arini buat kerja, arini jugak dapat duit. Hari ni buat blog, hari ni jugak nak blog tu buat duit.
Aku ada berita baik dan berita kurang baik untuk korang yang nak buat duit online.
Aku beritahu berita kurang baik dulu.
Kalau korang nak buat duit dengan blog, aku hampir pasti korang takkan dapat buat duit dalam masa satu hari. Malah dalam seminggu atau sebulan pun boleh dikatakan sangat susah untuk dapat duit. Tapi tu tak bermakna tak boleh buat duit.
Cuma buat blog ni bukan easy money. Bukan skim cepat kaya. Bukan cara buat duit online dengan cepat. Siape yang kata buat duit dengan blog ni MUDAH aku boleh kata tipu.
Keras bunyinye. Tapi itu hakikatnya.
Tapi..
Selepas kesusahan pasti ada kesenangan kan? Macam tu juga dengan blog. Pada permulaannya memang akan susah. Mungkin tahun pertama nak survive tu memang susah dengan pendapatan blog yang belum seberapa atau mungkin tak ada langsung.
Tapi apabila blog tu dah mula buat duit. Blog akan terus buat duit walaupun korang dah tak berblog lagi.
Thats the beauty of blogging.
Tapi itu depends jugak apa apa yang korang blog kan. Kalau topik blog korang guna niche evergreen, memang kalau stop berblog income akan still ada lagi.
Tapi kalau korang blog pasal anak-anak, harini jatuh basikal, esok nak makan aiskrim semua tu, korang memang kena berblog sampai bila-bila untuk dapat pendapatan yang konsisten. Kalau tak follower lari jika dah lama sangat tak update blog macam tu.
Ok.
Berita baiknya pulak..
Kalau korang nak buat duit online hari ni jugak. Tak nak tunggu esok.
MEMANG BOLEH.
Tak perlu Facebook Page.
Tak perlu belajar copywriting.
Tak perlu buat iklan.
Tak perlu buat blog.
Tak perlu modal duit.
Minimum boleh dapat RM10 sehari dan korang boleh buat hingga RM50 sehari pun tak mustahil. Tapi lagi sekali diingatkan ini bukan kerja senang. Kata kuncinya adalah 'hard work' dan 'hardworking'. Jika nak buat duit online RM50 sehari paling kurang perlu 5 hingga 6 jam kerjanya.
Kerja ni perlu kreativiti, pengetahuan dan juga modal masa.
Kerja yang aku maksudkan adalah dengan menjadi penulis di blog orang lain.
Setakat ni ada 2 blog yang akan bayar korang dengan minimum RM10 untuk satu artikel.
Rencah.com
Rencah ni blog pelbagai niche. Korang boleh tulis tajuk apa pun untuk blog ni dan hantar pada admin. Jika approve akan dapat RM10. Minimum 500 patah perkataan. Syarat penuh boleh baca kat sini.
Wikicara.org
Ni blog aku. Aku pun akan bayar RM10 untuk artikel yang korang diterima dan diterbitkan. Minimum 400 patah perkataan. Syarat penuh boleh baca kat sini.Katakan korang boleh buat 2 artikel sehari. Bersamaan dengan RM20 sehari. Dalam sebulan jika korang konsisten boleh dapat RM600 dengan menulis beberapa jam sehari.
Aku sendiri pun penulis bebas dan dah menjana lebih dari RM1500 hanya dengan menjadi penulis sambilan.
Pada aku tak ada cara buat duit online lain yang lebih cepat dari jadi penulis artikel. Kalau ada cara buat duit online yang lebih cepat, korang boleh kongsikan di ruangan komen. Nanti aku nak try jugak 😁
saya pun nak cepat bro..
BalasPadamnak cepat kahwin dua..
heheheh
[gurau yang tidak berkaitan dengan komen ]
gurau bab kawin ni kene tgk kiri kanan dulu bro hehe
PadamBaru-baru ini saya juga ada cerita tentang buat duit dari servis menulis.
BalasPadamPendeknya kita tawarkan servis update fanpage dan servis menulis resume kerja.
Tak ada jalan pintas nak buat duit online. Kena usaha cari klien atau buat klien cari kita.
Bila dah ada nama, biasanya klien yang akan cari kita. Tapi kalau baru mula, elok kita sendiri yang mula cari klien.
Dah lama-lama nanti, insyaallah boleh dapat klien yang cari kita.
betul tu. sama jugak macam buat blog. pada permulaannya biasanya blog yang akan cari pembaca. bile dah popular, barulah pembaca sendiri yang datang ke blog tanpa di suruh hehe
PadamMasih open lagi ke sekarang ni?
BalasPadamopen lagi?
BalasPadam