Ads Top

Mana Report Pendapatan Bulanan Blog? [Ada hadiah misteri di dalam]


Rasa macam dah lama aku tak menulis dalam blog ni. Kalau tak silap sejak dari Disember 2017 lagi. Al maklumlah banyak buat benda lain. Banyak cuba benda baru dan juga fokus pada benda yang dah menjadi.

Jadinya blog ni sunyi sikit.

Aku nak meriahkan balik blog ni InsyaAllah..

Mungkin ada yang perasan..

Dan mungkin ada juga yang tak ambil kisah pun pasal topik aku hari ni..

Kalau korang perasan, sejak dari dulu lagi aku ada kongsikan pendapatan bulanan blog aku kat blog ni. Tujuan aku adalah untuk memantau progress blogging aku di samping aku nak bagi semangat kat orang yang nak baru nak start blogging.

Tapi sejak beberapa bulan lepas aku tak buat artikel pendapatan blog dah..

Ini sebabnya..

1. Tiada perkembangan baru

Secara umumnya, kenapa aku tak buat artikel pendapatan bulanan adalah sebab aku tak ada perkembangan baru dalam blogging. Jadi aku tak tau nak tulis perkembangan apa kat artikel tu. Dan mungkin nanti aku tulis benda yang sama je setiap bulan..

2. Pendapatan Yang Mendatar

Pendapatan tahun 2017 boleh dikatakan mendatar. Tapi pendapatan tahun 2018 ni nampaknya ada peningkatan. Bila pendapatan mendatar je, rasa nak buat repot bulanan pendapatan pun tak semangat huhu. Tapi bila fikir balik, lebih baik mendatar daripada menurun.

3. Sibuk belajar benda baru

Serius. Banyak sangat benda baru aku belajar dan nak buat. Akhirnya semua hampir ke laut. Antara benda yang aku sedang belajar sekarang adalah berkenaan dengan buat duit dengan Clickbank. Aku dah lama nak cuba affiliate antarabangsa. Dan baru-baru ni ada panduan affiliate yang memang sesuai dengan aku. Aku terus belajar kaw-kaw sampai lupa benda lain.

4. Sibuk dengan Youtube

Aku sangat bersyukur sebab aku buat Youtube Channel awal (Youtube Channel aku sejak 2011, tapi start aktif tahun 2016). Sebab sejak tahun 2018 semakin susah nak buat duit dengan Youtube Adsense. Sekarang ni aku tengah cuba konsisten buat video at least 2 video seminggu untuk Youtube Channel aku. Siapa yang belum Subscribe sila subscribe ye 😊

Salah satu faktor aku sibuk dengan Youtube adalah aku nampak pendapatan Youtube Channel aku dah mula signifikan. Dulu tak seberapa, sekarang aku tengok semakin meningkat dan menjadi penyumbang utama Google Adsense aku.

Dalam hati aku fikir, baik aku fokus pada benda yang dah menjadi. Bak orang putih kate "Do What You Do Best"

5. Tak sempat nak tulis

Kadang tu list untuk pendapatan blog dah sedia dah. Tapi masa pulak yang mencemburui. Tangguh punya tangguh tengok-tengok dah sampai bulan berikutnya. Nak post bulan seterusnya macam berita dah basi la pulak.

Tu la antara sebab aku tak tulis pendapatan blog aku sejak beberapa bulan lepas. Dan aku nak mintak pendapat korang sama ada perlu tak aku teruskan report bulanan pendapatan blog aku kat blog ni. Korang boleh bagi komen kat bawah sama ada perlu aku teruskan atau tak post berkaitan pendapatan dan kenapa. 😀

Sebagai penghargaan, aku ada hadiah istimewa Baucer KFC RM20 untuk seorang pemberi komen bertuah hehe 😋. Cabutan bertuah akan dibuat pada 23:59 15 Mac 2017 dan sekaligus menamatkan hadiah ni.



Ok tu dulu untuk kali ni. Jumpa lagi akan datang 😁

1 ulasan:

  1. Pendapatan dari Adsense lebih baik ke atau dari Nuffnang?

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.