Ads Top

Serius! Jangan Beli Panduan Buat Duit Dengan Clickbank Ini..


Aku baru dapatkan panduan CB Method (ClickBank Method). CB Method ni panduan untuk buat duit dengan affiliate antarabangsa, lebih tepat lagi dengan Clickbank. Kalau nak tau apa itu Clickbank boleh baca kat blog aku lagi satu - Cara Buat Duit dengan Clikbank.

Panduan ini dalam bentuk video. Semua video diletakkan dalam satu group private Facebook. Bila dah buat bayaran akan dapat access ke group tersebut.

Dalam artikel ni aku nak bagi WARNING pada sesiapa yang nak dapatkan panduan CB Method ni. Aku bukan apa, takut ada yang dapatkan CB Method tu mengharapkan EMAS tapi dapatnya KACA. Bukan aku nak kata panduan tu tak bagus. Panduan tu memang bagus.

Cuma ade sedikit peringatan..

Jangan beli CB Method jika korang:

1. Dah pandai buat duit dengan affiliate

Kalau rasa macam dah pandai buat duit dengan affiliate antarabangsa, tak payah dapatkan panduan ni. Daripada panduan CB Method ni, 50% adalah perkara yang aku dah tau. Tapi 50% lagi adalah perkara baru yang sangat berguna untuk aku.

2. Tak nak belajar

Dalam CB Method ni, korang kena bagi komitmen untuk tengok lebih kurang 15 video (video akan ditambah dari masa ke semasa). Ada video yang sampai 1 jam. Aku sendiri hampir nak tertidur tengok video tu. Jadi korang perlu lah peruntukkan masa untuk tonton, faham dan hadam.

3. Tak Nak berusaha

Aik, tengok video je? Dah tengok video, lepastu kena la mula praktikkan apa yang dah diajarkan. Dan masa ni la baru korang tau realitinya. Tak semudah yang disampaikan dalam video. Tapi ok la, bersusa-susah dahulu bersenang-senang kemudian. InsyaAllah.

4. Tak Nak Labur Duit

Jujur aku cakap, aku banyak juga habis duit nak apply CB Method ni. Lebih kurang RM200-300 aku dah gunakan untuk apply CB Method ni. Sekarang tunggu masa untuk menuai hasil. InsyaAllah. Jadi kos sebenar CB Method ni bukan hanya pada harga panduan tu je, tapi juga semasa nak aplikasikan apa yang diajar dalam CB Method tu. Jadi standby la modal RM500. Modal yang korang sedia untuk burn. InsyaAllah jika berjaya bukan sahaja balik modal. Malah lebih daripada itu.

5. Tak Nak Gagal

Bukan semua ada jari jemari super. Bukan semua orang buat pertama kali terus berjaya. Ada yang cuba dua kali baru barjaya. Ada yang cuba 10 kali beru berjaya. Ada yang cuba berkali-kali-kali tak berjaya juga.

Nak dijadikan cerita, aku belajar pasal Clickbank ni dah berzaman. Tapi kejayaan pun masih suam-suam kuku. Tu namanya rezeki. Korang berusaha. Allah menentukan. Tak berusaha. Memang dah tentu tak dapat.

Masalah lain:

Korang juga mungkin akan hadapi masalah lain seperti:

  • Iklan tak lulus masa nak promosi
  • Kos mahal sangat masa buat iklan 

..dan lain-lain..

Tapi kan ada group support, kalau ade masalah tanye je la kat sane.

Sejujurnya aku bagi rating untuk panduan ni 3.5/5. Dari segi input MEMANG MEMUASKAN. Cuma kadang rasa ada video yang patutnya boleh buat setengah jam je tapi di drag sampai satu jam.

Lagi satu aku tak berapa berkenan la panduan video berbayar dalam group Facebook tu. Pada aku better buat satu membership site, tak pun upload pada Youtube, Vimeo dan buat playlist. Tapi yang bagusnya, Facebook ni semua orang boleh access. Jadi mungkin lebih mudah la kot orang nak tengok di mana-mana sahaja..

Tu pendapat aku je.

Jadi jika korang nak serius nak belajar buat duit dengan Clickbank dan ada modal RM500, boleh dapatkan CB Method. InsyaAllah hasilnya bukan takat balik modal.

 👆Ini gambar ilustrasi je. Takde CD fizikal akan diberikan dengan panduan CB MEthod. Semuanya dalam FB Group CB Method.
WARNING! Kepada Yang Betul-betul bersedia sahaja.

3 ulasan:

  1. semoga dapat beratus usd lagi lepas ni

    BalasPadam
  2. ramai yang masih tak percaya, sedihnya orang kita... huhu

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.