Ads Top

Wishlist Aku Untuk 9.9 Festival Sale Lazada Malaysia


Bulan September setiap tahun memang special bagi aku. Sebab bulan ni bulan kelahiran aku. 😁

Dan dalam bulan yang sama juga banyak perkara menarik berlaku contohnya online shopping 9 September setiap tahun. Macam tau-tau je aku nak hadiah. Kalau tak ada orang nak bagi hadiah pun, at least aku boleh hadiahkan diri aku sendiri sebab tengah ada online sale kan hehe 😋

Salah satu website yang sentiasa aku tengok untuk online shopping tak lain tak bukan adalah Lazada Malaysia. Banyak juga CrazySale yang Lazada buat sempena 9.9 Festival Sale yang berlangsung dari 6 September - 9 September.

Memang tepat kena masa dalam timeframe birthday aku tuh! 😍

Agak-agaklah, apa yang aku teringin nak beli semasa online sale nanti.

Ok.

Biar aku pecah rahsia, apa yang sekarang ni aku sedang duk usha harga dan menanti masa untuk beli.

Aku dah siap-siap letak dalam Cart apa yang aku nak beli haha. Cuma bila aku nak tekan Checkout tu yang menentukan.

1. Moza Mini Mi



Ok. Ini adalah item pertama yang aku teringin nak beli. Sebab apa aku nak beli, sebab aku nak gunakan untuk ambil video dengan smartphone aku ni. Dengan menggunakan Moza Mini Mi ni kestabilan video dan gambar akan lebih baik berbanding dengan mengambil menggunakan tangan terus. 

2. Camcorder



Ini wishlist aku yang kedua. Kenapa aku nak beli kamera ni? Mungkin nampak macam poyo tapi aku bercita-cita untuk buat klip video aku sendiri satu hari nanti. Pernah tengok video raya, video merdeka dan lain-lain kan? Haa aku teringin nak buat klip video macam tu la. Bila tu Wallahualam. Yang penting equipment tu kena ada. Bak kata isteri aku.."Nak jadi pengarah filem pulak dah.." haha

3. Exercise Bicycle



Sebelum ni aku pernah cuba beli tapi coureir tak nak hantar rumah aku. Akhirnya Lazada refund je kat aku. Tapi kali ni aku memang nak sangat beli basikal senam ni atas beberapa sebab. Pertama sebab aku tak ada masa nak exercise kat luar dah sekarang ni. Kedua, kolesterol aku dah borderline. Ketiga sebab nak bagi hadiah kat mak dan isteri aku. Mak aku pun dah lama minta belikan benda ni. InsyaAllah.

Ok.

Cukup lah 3 tu dulu. Kalau ikut kehendak, mau wishlist tu sampai berpuluh-puluh.

Bagi yang nak beli barang online atau nak belajar beli barang online, waktu sale macam 9.9 Festival Sale ni adalah masa yang sesuai untuk anda mula. Yang penting, belilah ikut kemampuan dan keperluan.

Ok. Itu sahaja daripada aku kali ni. Korang boleh cerita juga wishlist korang kat blog masing-masing, nanti boleh komen dan letak link pada bahagian komen ye 😎

1 ulasan:

  1. Mudah-mudahan tercapai wishlist ni. Kalau tak dapat semua, dapat dua daripada tiga pun ok kan :)

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.