Ads Top

Realme C1 - Smartphone Entri Level Paling Cantik 2018!



Kali pertama aku pandang Realme C1 ni dah terrtarik dengan rekabentuknya. Tapi sebab aku baru je beli smartphone, terpaksa la aku tahan nafsu untuk beli smartphone baru.

Pada aku, Realme C1 ni adalah smartphone entri level yang paling cantik untuk tahun 2018. Sebelum ni ada je smartphone entri level daripada jenama lain contohnya Xiaomi dan Samsung, tapi design phone tu tak menarik minat aku.

Entah kenapa dengan Realme C1 ni aku tertarik. Salah satu sebabnya aku rasa adalah sebab aku suka smarphone yang mempunyai kerangka skrin yang nipis. Dengan skrin yang besar 6.2 inci aku rasa cukup selesa untuk gunakan peranti ini untuk kegunaan harian ataupun untuk menulis blog on-the-go.

Dari segi performance pada aku ianya on par dengan entri level smartphone yang lain tapi kelebihan ada pada processor kerana Realme C1 hadir dengan Octa Core dan menggunakan Snapdragon 450.

Untuk kegunaan harian aku rase memang tak ada masalah. Yang mungkin menjadi masalah adalah storan yang agak kecil iaitu hanya 16GB tetapi boleh di tingkatkan dengan microSD sehingga 256GB. Tapi macam biasa tak semua aplikasi dapat di install pada microSD dan microSD hanya boleh menyimpan dokumen dan gambar sahaja.

Untuk gaming, aku tak galakkan guna phone ni. Jika korang hanya main game Clash Royale aku rase tak ada masalah. Tapi jika PUBG atau ML mungkin akan mengalami sedikit masalah atau lag. Terutamanya jika internal memori dah penuh. Tambahan lagi Realme hadir dengan 2GB RAM sahaja.

Apa pun dari segi penampilan aku memang tertarik dengan Realme C1 ni. Harga pun boleh tahan dalam lingkungan RM400 dan sekarang Lazada Malaysia sedang buat promosi Realmi C1 harga RM399.

Jika memang sedang mencari entri level smartphone, dialu-alukan grab promosi tu sekarang!


Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.