Ads Top

Apa kaitan antara kereta meletup dan Contest Lynk.my..huhhh??

Part 1:


Huhu..

Baru-baru ni aku pergi ke Giant nak bawak anak bini pergi jalan-jalan makan angin..almaklumlah..jimat kos..haha..

Ok..

Dah sampi Gaint aku relax la beli barang dapur semua..dah selesai..bawak lah barang-barang dan anak aku yang dalam troli tu ke kereta..masukkan barang dan anak aku dalam kerata..masukkan kunci kereta..

Start kereta..

Boommm!! (bunyi ala-ala mercun bola gitu)

Terkejut jugak aku..macam dekat sangat letupan tu dengan aku..kereta aku ke?

Ke kereta orang lain? Aku cuba hidupkan kereta aku lagi sekali..tak hidup..sah kereta aku yang meletup..!

Memandangkan rasa macam tak sedap hati, aku keluarkan anak aku dari kereta dan berganjak dari kereta aku beberapa meter..almaklumlah nervous takut ada letupan susulan..Nauzubillah!

Lebih kurang 2 minit aku termenung..

Beranikan diri buka bonet depan..rupanya bateri kereta aku meletup!! Tak Ohsem langsung!

Kereta aku dah mula bunyi alarm..cabut kabel bateri..soalan seterusnya..mana nak cari bateri kereta??

Dipendekkan cerita, aku pinjam motor sorang brader kat Giant tu dan pergi kedai tayar dan bateri kereta..nak cerita lagi best..motor tu tak ade brek! (abg tu pun takde pulak bagi warning masa aku nak pinjam).

Seperti yang aku jangkakan..harga yang ditawarkan untuk bateri memang jauh lebih mahal dari harga biasa..RM350 untuk bateri kering..selama aku beli bateri kering kereta paling mahal pun dalam lebih kurang RM250..waallahualam kalau aku tak tahu ada certain jenama yang memang mahal macam tu..

Mesti dalam hati orang kedai tu "take it or leave it!"...orang terdesakkan..terpaksa la ambil jugak walaupun harga macam tak munasabah..

Alhamdulillah..tukar bateri dan kereta hidup seperti sediakala....kejadian ini berlaku pada 24.12.2015..


Part 2:


Contest Review Lynk.my bermula bulan Oktober hingga Disember 2015. Aku adalah salah satu peserta yang menyertai pertandingan ini..

Pada 29.12.2015 keputusan di keluarkan..

Alhamdulillah..artikel aku mendapat tempat ketiga dalam kategori Top Kreatif..memenangi RM200..


Apa yang aku nak cerita sebenarnya ni??

Ok..

Apa yang aku nak sampaikan adalah..kadang kala Allah berikan ujian untuk kita mendapat sesuatu kejayaan..

Seperti dalam cerita ni..aku seolah-olah rugi RM350..Allah gantikan dengan RM200..baki RM150?

Itulah hikmah Allah dalam menggantikan dan mengurniakan nikmat kepada hambanya..Walaupun, aku hanya menang RM200..tapi impaknya terhadap kerjaya aku sebagai blogger tu jauh lebih bernilai daripada RM350..

Dari kemenangan tu aku mungkin akan dapat natural backlink dari blogger lain..dan sememangnya itulah harapan aku sejak jadi blogger..haha..bunyi macam main-main..tapi realitinya..nak dapat natural backlink bukannya senang..

Ok..

Itu aje aku nak bagi tau..bukan semua perkara yang nampak macam buruk tu buruk..bak kate Opcik..tiada duka yang abadi selamanya.. 

Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.