Ads Top

Macam mana nak promosikan blog saya??

Kain...kain...beli kain..!

Agak-agak kalau buat promosi camtu untuk blog ade orang singgah tak..

Blog..blog..tengok blog encik..

Rasanye semua orang lari..

Aku tak tau la untuk orang lain..tapi untuk aku..permulaan untuk mendapat pengunjung ke blog tu agak mencabar kesabaran dan emosi..mencengkam jiwa pun ada..

Betullah apa kata Pat Flyn dalam salah satu podcast die..

...blogging memerlukan hardwork..dan kadang kala selepas 3 bulan masih tiada pengunjung pada blog kita dan itu adalah sesuatu yang menguji emosi blogger..ramai juga yang kecundang sebab ini..

Jadi untuk memastikan kali ini aku berjaya (dah beberapa kali giveup blogging), aku pun cari la ilmu pasal blog trafik ni..salah satunya aku baca buku Rahsia Trafik..

Dalam buku tu memang terangkan 7 jenis cara yang dapat membantu blogger untuk tarik trafik..Ohsem!

Dan dalam banyak-banyak yang diceritakan tu..aku apply beberapa aje..huhu

Blog komen
Sertai Forum (aku kini aktif di forum wangcyber)
Media social (Facebook, Linkedin dll)

Selepas tiga bulan.. aku dah nampak hasilnya sedikit demi sedikit..mungkin picisan bagi orang lain..tapi aku nampak ianya merupakan satu peningkatan positif..Ohsem!

Oh satu lagi yang aku praktikkan adalah SEO macam yang ada dalam buku Kitab Pink tu..

p/s:

Harapnya aku segigih dan sekental blogger lain yang ohsem-ohsem belaka!





Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.