Ads Top

Ikon Blogger EP02 : Abang Ensem


Tiada orang yang boleh menyangkal kehenseman Tuan Meor Zaidee yang sememangnya pemilik Blog AbangEnsem. Dari segi kehenseman dan juga kejayaan dalam berblog, ibarat Bumi dan Pluto (kalau Pluto masih dikira planet la) jarak jauhnya pengalaman aku dan juga Tuan Meor Zaidee ni.

Jika kita bercakap pasal pelaburan hartanah, Tuan Meor Zaidee adalah salah seorang sifu di Malaysia yang banyak menyumbang ilmu dan tenaga dalam menarik minat anak Muda berbangsa Melayu dalam dunia pelaburan hartanah. Aku sendiri sangat berminat dalam hartanah, tetapi masih belum berpeluang untuk hadiri mana-mana seminar hartanah.huhu. InsyaAllah satu hari nanti dapat sertai seminar yang dikendalikan oleh Tuan Meor Zaidee.

Aku juga sempat membaca sedikit biodata Tuan Meor Zaidee dalam blog beliau. Aku tahu, kebanyakan orang jarang baca profile blogger lain. Jadi siapa yang belum pernah baca profile Tuan Meor Zaidee, boleh baca di sini. Daripada profile ringkas beliau, aku dapat tangkap beberapa point penting:

Tuan Meor Zaidee ni berkelulusan Ijazah Pemasaran dari Universiti Teknologi MARA. Dari segi pencapaian, aku rase Tuan Meor Zaidee ni dah dalam kategori selebriti hartanah sebenarnya. Berderet pencapaian beliau. Dari siaran televisyen, surat khabar dan majalah, hampir semua media penyiaran pernah menemuramah beliau. Dibandingkan dengan blog kecil aku ni interview beliau apalah sangat.

Ok.


Aku berpeluang untuk interview Tuan Meor Zaidee melalui emel dan Alhamdulillah, ikan besar sama sekali tidak mengecewakan soalan-soalan ikan bilis ni :-) 


Boleh perkenalkan diri sedikit?


Nama saya Meor Zaidee, berusia 42 tahun dan tergolong dalam Generasi X. Berasal dari Teluk Intan Perak dan bersekolah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah Ipoh. Usai SPM, saya melanjutkan pengajian peringkat Diploma dan Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA sebelum memulakan kerjaya sebagai seorang pegawai bank selam 15 tahun sebelum bersara 'muda' pada usia 38 tahun


Sejak bila mula berblog?

Mula berkecimpung dalam industri blogging sedari tahun 2009 di bawah jenama blog AbangEnsemDotCom. Pada asalnya, blog ini hanya sekadar berkongsi cerita tentang hobi saya mengumpul rumah (bukannya orang rumah). Lama-kelamaan, ianya akhirnya menjadi sumber rujukan kepada penggemar-penggemar dunia pelaburan hartanah.



Apakah pencapaian terbaik sebagai seorang blogger?

Antara pencapaian terbaik yang pernah saya gapai sebagai seorang blogger adalah dipilih sebagai pemenang untuk 2 tahun berturut-turut sebagai 'Malaysia Best Business Blog' bagi tahun 2013 dan 2014. Selain daripada itu, jenama blog Abang Ensem ini turut diundang untuk ke udara di media massa seperti TV3, Capital TV, Astro Awani dan TVi untuk beberapa rancangan berkaitan kewangan dan pelaburan. Tidak terkecuali juga, artikel dan kisah saya turut dimuatkan di media-media perdana seperti Harian Metro, Sinar Harian, Kosmo termasuk juga majalah-majalah bisnes seperti Personal Money, Prospek Hartanah, Apartmen Impiana dan Anjung Seri. Jemputan dari agensi kerajaan dan swasta juga turut mewarnai aktiviti saya untuk topik yang sama dan semua ini terhasil dari penjenamaan blog Abang Ensem itu sendiri.

p/s : Kan aku dah kate pencapaian beliau berderet-deret..


Cabaran terbesar sebagai seorang blogger?

Komitmen untuk terus menulis 
Saingan dari pihak lain
Idea yang semakin menipis


Jika ada satu nasihat untuk blogger baru, apakah nasihat tersebut?

Fokus, komited dan kekalkan konsistensi anda berblogging



Bagaimanakah cara tuan buat duit daripada blog?

  • Ebook
  • Affiliate
  • Advertorial


Berapakah pendapatan tuan daripada blog? 

Pendapatan online saya boleh anda anggarkan berdasarkan cukai pendapatan antara RM20K hingga RM30K yang perlu saya bayar setiap tahun.


Itulah interview ringkas aku dengan Tuan Meor Zaidee. Dari interview tersebut, aku sebagai blogger baru amat berterima kasih atas kesudian perkongsian ilmu dan masa yang dihabiskan semasa menjawab soalan-soalan tersebut.

Beberapa pengajaran yang aku dapat daripada interview tersebut:
  • Buatlah blog yang cenderung kepada minat diri sendiri.
  • Tujuan buat blog adalah untuk berkongsi ilmu bukannya untuk duit semata-mata.
  • Blogger akan menghadapi pelbagai cabaran untuk mengecapi kejayaan
  • Blog adalah salah satu cara untuk menjenamakan diri dan kerjaya.
  • Untuk berjaya dalam berblog, komited dan konsistensi adalah sangat penting.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Tuan Meor Zaidee dari Blog AbangEnsem kerana kesudian memberikan input dalam topik Ikon Blogger Malaysia dalam blog ini. Bagi semua blogger baru, ingatlah kata-kata Tuan Meor Zaidee ni:



Akhir sekali, saya mohon maaf sekiranya ada maklumat yang salah tentang tuan Meor Zaidee. Mohon hubungi saya sekiranya ada sebarang kesilapan.

Terima kasih.

1 ulasan:

  1. Terinspirasi baca interview ni.

    RM20K - RM30K. Ya Allah , lagilah bersemangat nak berblog ni ..

    Apapun artikel ni dibaca pada pagi 2 syawal.

    Selamat Hari Raya bro.

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.