Ads Top

Tiada PANDUAN Pasti Berjaya Buat Duit Dengan Blog


Masa aku mula-mula berblog pada tahun 2009, aku ada beli panduan buat duit dengan blog. Tapi malangnya aku gagal untuk buat duit satu sen pun dari blog.

Dua soalan untuk korang.

Siapa yang senasib dengan aku?

Kenapa tidak berjaya buat duit dengan blog?

Bukannya panduan tu salah, tapi pada aku, cabaran untuk memulakan blog itu berbeza untuk setiap orang. Panduan hanyalah panduan. TINDAKAN dan kreativiti korang masih diperlukan untuk menjayakan sesebuah blog.

Kegagalan adalah cikgu paling baik dalam apa juga keadaan. Ada beberapa sebab yang aku dapat kenalpasti kenapa aku gagal buat duit dengan blog sebelum ini. Sekarang pun bukan dah berjaya, tapi paling kurang dapat la juga merasa pendapatan daripada blog aku. Lepas lah untuk bayar bil internet bulan-bulan dan bayar domain tahunan.

Tak Sabar

Sebab utama kegagalan yang aku kenalpasti pada masa tu adalah aku TAK SABAR untuk berjaya. Tak salah untuk bermatlamat, tapi pastikan matlamat tu sesuatu yang rasional dan boleh dicapai. Pada tahun 2009 aku 'terjun' ke dunia blog tanpa banyak pengalaman dan hanya berbekalkan panduan buat duit dengan blog yang aku beli. Aku follow step by step arahan yang ditunjukkan dalam panduan tersebut. Malangnya aku nak 'fast result' dan akhirnya aku berhenti berblog.

Salah mind set

Aku sangat teruja untuk buat duit dengan blog sampai aku tak fikir benda lain yang lebih penting. Masa tu aku tak fikir tentang apa fungsi aku berblog. Yang aku nak cuma buat duit dengan blog. Pada aku MIND SET macam tu sangat membunuh kerjaya sebagai seorang blogger. Berblog juga ada kaitannya dengan hati. Berblog dengan hati akan lebih seronok berbanding berblog dengan otak. Fikir untuk memberi bantuan kepada orang lain terlebih dahulu. Itu yang aku cuba bawa pada blog aku sekarang.

Nak cepat kaya

Siapa yang taknak cepat kaya kan? Sejujurnya, pertama kali aku dengar boleh buat duit dengan blog, mata aku dah jadi mata duitan. Apakan tidaknya, hanya dengan blog dah boleh buat duit berterusan. Siapa yang tak teruja kan? Tapi bila aku mula berblog baru aku faham. Berblog bukanlah sesuatu yang cepat. Ia perlukan masa, perancangan dan kesabaran.

Pada aku, tiada panduan yang pasti membuatkan kita berjaya buat duit dengan blog. Panduan yang ada hanyalah 10% daripada apa yang kita perlukan. Selebihnya, bergantung kepada diri sendiri. Usaha dan pembelajaran berterusan adalah sangat penting.


2 ulasan:

  1. setuju tu.. kdg2 org buat blog smata2 nk duit.. bile dh buat bru tau btap ssah nk cri duit.. lpas tu trus gve up.. huhu

    p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
    banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    BalasPadam
  2. Usaha berterusan tu yang penting :-) Kegagalan adalah satu lagi langkah menuju kejayaan :-)

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.