Ads Top

Aku kini bergelar JUTAWAN!


Aminn! Jika dimakbulkan doa aku tu Alhamdulillah..hehe..Sekarang ni, aku cuma bergelar JUTAWAN pageview je..haha

Dengan pencapaian blog aku sekarang, rasanya dalam hujung bulan ni insyaAllah pageview bagi
blog aku akan dapat mencapai 1 juta pageview. Ohsem!



Walaupun baru setahun jagung, aku rasa bertuah kerana blog tu dapat mencapai pageview sebegitu..

Jika nak dibandingkan dengan blog Hasrul Hassan atau lain-lain otai blogger memang la bagaikan langit dan bumi.

Tapi aku tetap rasakan ada potensi besar untuk blog aku tu..

Ini memberikan aku semangat baru untuk terus berblog..

Terus memberikan manfaat kepada orang lain..

Bukannya scam orang dan penuhi blog dengan iklan dan popup semata-mata..

Krik..

Krik..

Krik..

Untuk setahun yang akan datang, aku target jumlah pageview boleh mencecah 5 JUTA! Hahaha..

Nampak macam sesuatu yang sukar nak dicapai..

Jika mengikut pengiraan ringkas, untuk mendapatkan 4 juta pageview dalam setahun, aku perlu dapat lebih kurang 340 ribu pageview sebulan ataupun dalam 1 hari perlukan pageview sebanyak 12 ribu pageview..

Mustahil?

Taklah..

Dengan usaha..

InsyaAllah boleh.. :-)

Tapi banyak usaha yang perlu dilakukan. Aku perlu tingkatkan lagi skill penulisan aku..Perlu buat lebih kajian..perlu lebih kenali blogger-blogger lain..

Kat bawah ni aku senaraikan apa aku nak buat untuk capai pageview 5 juta tu!


  • Rajin-rajin komen kat blog orang lain (korang pun komen la kat blog ni jugak ye)
  • Tulis lebih banyak artikel (lagi banyak artikel, lagi banyak pintu masuk)
  • Perkukuhkan ilmu keyword research
  • Teringin nak buat contest


Em..itu je lah kot..

Agak-agak berjaya tak hasrat aku ni?

Kite tunggu jawapannya pada November 2017 :-)

Korang ada idea apa yang boleh aku buat untuk capai matlamat 5 JUTA tu? Tolong la kongsi pada aku..

Please..

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt.
    Saya memerlukan bantuan kewangan. Bagaimana saya ingin bantuan kewangan dari tuan. Saya memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM20,000.00 untuk melunaskan hutang-hutang along. Boleh ka tuan membantu saya. Ni nombor telefon saya 0124519456. Ni nombor akaun maybank saya 152068693987. Dengan bantuan tuan saya sentiasa berdoa agar tuan dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  2. https://www.jutawantopup.com/?id=daffar

    BalasPadam

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.