Ads Top

Keputusan: Survey Waktu Berblog

Alhamdulillah. Nampaknya ada juga yang sudi untuk sertai survey ringkas yang aku sediakan berkaitan waktu kita menulis blog.

Recap.

Aku ada kongsikan jadual harian yang aku idam-idamkan dan salah satu kriteria yang termasuk adalah aku nak bekerja waktu malam iaitu jam 10 malam hingga 1 pagi. Sebenarnya aku peruntukkan jangka masa tu untuk aku menulis dan update blog aku.

Kemudian aku telah sediakan satu survey ringkas nak tahu waktu korang berblog. Siapa yang belum jawab, boleh tolong jawab. Lagi ramai yang jawab, lagi valid keputusan yang diterima.

Macam tu kan kalau kita buat research. Lagi banyak sample, lagi bagus.

Ok.

Sehingga post ni ditulis, seramai 71 orang telah mengundi. 

Lagi sekali, siapa belum mengundi..SILA UNDI..cuma nak tahu je..tiada udang di sebalik mee..


Melihatkan trend jawapan yang diberikan 68.3% menulis blog pada waktu malam. 19.5% lagi menulis pada waktu pagi dan 12.2% lagi pada waktu tengah hari hingga petang.

Aku rasa ini juga memberikan petanda bahawa kebanyakan blogger adalah part time blogger. Siang bekerja seperti biasa, malam baru menulis blog. Bukti utama..Aku..

Selain daripada sebab bekerja, ada kemungkinan juga suasana malam yang lebih tenang memudahkan blogger untuk menulis blog.

Walau bila pun waktu kita tulis blog, aku harap kita akan sentiasa berikan yang terbaik untuk para pembaca dan sentiasa memberikan manfaat..

Tiada ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.